31 July 2010

Kaitlyn Sangat Comel!

Hi beautiful people..

Aku baru lepas menangis. (Ya ya I know ada korang kisah??) :') Tak, sekarang the thing is aku nak share satu sumber mata berkaca aku. Aku nak korang tengok satu video, okay jangan panik. Ini bukan video aku joget lagu Hey Ladies atau aku karaoke lagu Kesal Ella. Ini video touching syial.

Mungkin ramai dah tengok lama dulu tapi being me yang forever ketinggalan ni kan so now only baru aku found out -_-" Okay lah, sila tengok tau.


Gila bright little Kaitlyn ni! Kakak Kim pun tak ada guts nak naik stage begitu godang okay teehee. Firstly sebab aku tak alololo cute macam dia kan dan memang gila ba (pinjam phrase HentakBerlipat) punya cemerkap kan, baik takyah. Eeee terlalu cute, naive, bijak nak mam! Confident, what else? Semua dia taram. Terbaik! Touching je tengok muka parents dia bangga, aku tak pernah kot tengok muka mama ayah pandang aku macam tu punya proud, sorry. Okay sedih balik, bye :'(

P/S: Hujan dari hati turun lebat tengok vid ini. Sebab? Aku terlink video ni dengan image baby terbuang sekarang. Imagine how the beautiful and angelic kids could turn out if they were given the chance to live. Tapi sayang, mak bapak lahanat.

30 July 2010

Mega Boredom

Hey princes and princesses...

Life sekarang macam biasa, sibuk stok-stok budak sekolah. Early stage projects, assignments, presentations, study cases, quizzes, nguap dalam lectures and what not. The 'eleh-tu-pun-nak-update-dekat-status-facebook' stuff bagi orang yang dah kerja. Sebenarnya sila admit yang korang tak banyak pun sikit mesti jealous sebab we all we all dapat balik tidur in between classes and you all warghh warghh lah dekat station masing-masing kan :')

Kelmarin je dua kali tengok Semerah Cinta Stilleto (yang aku feel macam far better that Lagenda Budak Shaiton). Inception tak tengok-tengok jugak. Hati membeku doh mengingatkan janji manis kawanku yang konon nak teman haihh. Kau nak tengok Avatar 'apetahapetah' Airbender nanti tengok lah, aku buat sardin je. Rasakan.

Dan rasa gila bapak ketinggalan sebab tak tahu McD's ada burger baru. Bila lecturer tanya apa burger baru McD's, berkaca-kaca mata aku sedih sebab tak tahu. Now I know ada GCB ya? Pity lah this so-called SintokCity mana nak ada McD kan :'( Kalau nak kena drive all the way to Alor Star, which is 1 hour++ drive okay. Maka hari-hari consume nasi not so putih plus tomyam ERGH.



Okaylah nak tidur mimpi drive balik Ipoh jumpa mama.

Kaki ayam: Sedang kawal emosi untuk tak tulis pasal financial condition dalam entry ini.

25 July 2010

Sorry You Have To Read This

Hey,

You can tell me all secrets but never will I blurt it out to people. Whether they are close or not. My lips are sealed. If I am such a sinner then who are you? People change because they grow up. It is never because of a long friendship. So DO tell me is it such a mistake that I take for you to judge me? Are you that perfect to tell people what you're made of. Keep your head straight and a positive mind, sister. You'll know the decision is wrong. Tell the world for once that you are wrong!

If you're unsatisfied with me, come face me up straight. I have no intention to hurt you. All the crap that's been happening is just a boundary you have to pass and carry on walking. Not to stop there and think what to do bla bla bla. If it takes you to have to break a wall then break 'em! And no turning back. After all, it's this path you chose. I forgive you.

And thanks.

18 July 2010

Masa Sudah Tiba, Aku Sudah Bersedia

Hey manusia ciptaan terindah! :')

Aku rancang nak bermood baik sepanjang sebulan dua ni sebab aku dapat rasa yang mood 'pelajar cemerlang' aku sudah mari, yeah. Faktornya sekejap lagi aku sentuh. Aku tak sabar nak beli buku (ayah bila nak masuk duit, nanti buku habis macamana??), attend long back-to-back lectures (this is real, non-sacartism). I'm SOOO ready of the intensity of mind usage bahahah.

Dah berminggu-minggu aku myopia, tercengang-cengang dan terbangang-bangang, being super ignorant. Now enjin untuk mengembara pakai otak sudah panas. Rasa macam esok nak merayu-rayu dekat lecturer, silalah cepat bagi assignments ke project ke sementara tengah semangat melompat-lompat ni -_-".

Okay faktornya aku sungguh teruja mungkin sebab untuk baru dua minggu dekat sini aku selalu keluar, bila lambat balik si A yang sungguh concern suka mesej tanya dekat mana, then most of the lectures aku ada kawan (situasi ini sangat jarang berlaku okay!). And and duit bajet untuk sebulan setengah aku sentalkan dengan tak ada belas kasihan dalam masa dua minggu so I'm gonna make the money spent worth spending gitu.

Okay letih dah eksaited, waktu pun menjangkau 2:00 pagi. Esok kelas awal, pukul 3:30 petang bahahah. Baik tidur awal sebelum aku cuak teringat hantu paya bakau MANTRA yang macam harem tu.

Bye hero dan bidadari di Malaysia.

15 July 2010

Pemalas Kelas Pertama

Salam ceri ceri boom boom untuk kau orang :')

Mood cuti belum habis, ke tak pernah habis. Yang mana satu pun sama je, natijahnya malas ya amat nak pergi kelas. Pergi makan rajin pulak. Dasar kerajaan baru betul -_-".

Okay, sekarang standard lah baru masuk balik kolej, kena kemas bilik. Saat ini yang buat aku paling rindu mama teehee. Tak, bukan sebab selalu mama yang kemaskan, tapi selalu mama yang bagi peransang dalam nada high pitch ala Black Mentor. Maka lajulah sikit siap sapu, mop, lipat baju, pasang cadar et cetera kan.

Kesian rakan sebilik aku yang buat-buat sabar dengan segala tok nenek sepah on my side of the room bahahaha.

Biar yang lain tunggang langgang macam Singapura dilanggar todak, tempat tidur kena baik punyeeerrr :')


Nak balik Ipoh! Nak balik Ipoh! Nak balik Ipoh! Nak uni yang jauh dari hutan! Nak ayam penyet! Okay, yang pasti nak tak nak kena kemas locker, bye.

Kaki ayam: Balik sini tengok lagi Eclipse untuk round kedua, Edward ke Jasper?

09 July 2010

Bakal Menyaksikan Gerhana Malam Ini

Hey hey hey hey aku tak percaya ESOK LAST DAY CUTI! Okay itu bukan isunya... Isunya sekarang malam ni aku ada date dengan seorang puntianak jantan yang pucat lesi :') Kawan-kawan aku pun join sekali, sebabnya tak baik keluar berdua sebab akan ada yang ketiga iaitu werewolf. Okay zakiah, tah apa-apa, potong the ketam!

Introducing.... Team Edward!

Belly, Bellu and Bolla Swan -_-"


Malam ni nak pergi tengok The Twilight Saga: Eclipse, yay yay yay! Dah beli tiket advance tiga hari.Itu pun tetap dapat seat agak depan lalu nanti kena jugak dongak-dongak ala kadar. Nevermind, pun boleh lah dari tak ada.

GCS Alamanda, 10:15PM tonight! Wanna tag along?? Jom banyak lagi kosong dekat tangga :')


Dengar yang third sequel ni lagi best dari New Moon yang jiwang macam Pesona Non Grata tu huhu. Harap betul lah. Eksaited eksaited!

Kaki ayam: Belly dan Bellu, before that makan Saba jom... Pretty please.....

08 July 2010

Syampu Wajib Ada Tahun 90-an

Hai apa khabar semua?? -_-"

Hari tu kan aku pergi makan angin dengan mama ke Tesco. Jalan punya jalan jumpa satu botol yang nostalgik habis. Sekarang segala syampu berlumba-lumba buat rebranding, reinforce, think out of box bagaiii.. Ada satu syampu ni memang relax habis sampai aku excited sampai ambil gambar okay huhu.

Inilah dia syampu paling up bagi golongan middle-class in the 90's...

Tu! Tu! Yang biru dengan merah jambu air tu! *excited sikit, sorry*


Okay, aku bagi close up sikit.

Ha, tolong jangan tipu nak kata syampu ni tak ada dekat tepi kolah rumah kau dulu-dulu.


Tak tukar-tukar packaging benda alah ni, tegar sungguh huhuhu. Bau pun imbau kenangan zaman pakai pinnafore biru tua okay :')

Kaki ayam: Excited tapi tengok je lah, tak beli pun. Despite of the memory it brings, Follow Me kena buat something kalau nak orang beli.

07 July 2010

Terapi di Transit

Hai semua, mari dekat mari dekat...

Lagi 3 hari cuti semester yang indah bak shorga akan datang ke hujungnya. Dari Ipoh aku transit di Putrajaya sebelum gerak ke Kedah. Memang gila sebab ngok apa transit ke bawah kan, well... Maka inilah masa terbaik untuk aku hadiahkan pra-terapi untuk diri sendiri. Dengan cara? Bersama dengan mereka yang jatuh nombor dua tersayang dalam hidup aku iaitu para sahabatku :')

Teman Sejati Selamanya (TSS) ku yang terbaik dalam daerah Kinta from top: Chap, Zaren, Yours Truly, Pid


Ini kali ketiga aku turun Putrajaya. Semua cakap Putrajaya bosan, tapi aku ada mereka dan Alamanda, so no boring-boring okay!

Aku perlu ketawa dan feeling rapat-rapat and sayang-sayang yang overloaded untuk bekalan aku bawa berjuang ke sempadan Malaysia, di Sintok sana. I really need to be filled with fun and funny moments before heading back ke tempat yang torturing in many ways itu huhuhu. Okay lah nak sapu krim mustajab dekat perut dan tulang pipi sebab kejung akibat gelak banyak. Bye.

Kaki ayam: Kehel lah pinggang aku nak pandu laju ke Kedah nanti huhu. Bakal menjadi pencapaian peribadi tu teehee -_-"

03 July 2010

Hantaran Coklat Memey

I've never thought the day would come di mana aku akan co-buat hantaran untuk my eldest nephew's engagement (my late bro's son). Bajingan loh langkah bendul ku AGHH. Okay tak apa, sebagai tanda aku benci dengan bakal majlis tunang kau, aku co-buat hantaran coklat kau.

Aku buat buruk-buruk je untuk kau, anak buahku bahahahah.

Firstly, kotak yang meletup-letup itu telah siap di buat oleh auntie yang lain. Aku isikan mixture of candies and sweets dekat dalam untuk bagi platform sikit. Tak lah dalam benar kotaknya kan.


Then potong cup ferero. Potong dalam bunga bagi coklet fit perfectly dalam tu. Tembak gam dalam tu maka lekatlah coklet itu.


Susun susun ikut sedap kau, tu dia!


Buat nephew tersayang, Azmil (nama comel Memey, boleh panggil depan bakal mak mertua tak?), kita sama-sama membesar weh tapi kau akan kahwin dulu. Motif?? Muda lagi kot. Baru 25, tapi deep down inside sebenarnya acu sangat sangat SANGAT happy untuk kamu :')

Tak boleh bayang acu yang masih remaja (huh?) and sweet-sweet ni (-_-") akan dapat title Opah kalau kau dah ada anak, sawan aku! Eh, anyway semoga happy dengan bab baru yang kau nak masuk ni huhu. Scary. Acu sokong kau dari belakang.

Love, your hottest aunt, Acu :')

02 July 2010

Tak Baik Cakap Aku Kerja Malam...


KESAN SAMPINGAN MENENGOK ENTRI INI:
Loya-loya, mungkin muntah, cenderung menyimbah skrin komputer dengan asid, putus sahabat, atau masuk meminang (hahahaha erks)

Kelmarin aku offer diri menjadi guinea pig untuk diuji kaji kawan aku. B baru jinak-jinak jadi makeup artist. Aku pulak dah lama berangan nak mekap tebal-tebal macam artis. Maka sungguh match made in heaven lah we alls ini.

The makehover-tak-kuasa-mak starts at 10:00PM and ends around 11:00PM. And the result is...

Trrrrrrt Chinggg! (dah bagitahu side effect tadi kan, so pandai-paidai lah cari sinki)


Ala-ala testimonial untuk B's abra kadabrah!


Itulah tukang mekapnya. Masing-masing rambut pelsu gulung-gulung macam Hanis Zalikha lagi haha. Kau ada? :')


Peace yaw, jangan kutuk I. Tak tak, nak kutuk pun tak apa, kawan-kawan lain semua dah maki muka hover ni dalam FB bahahah.

Akhir sekali, satu lagi modal untuk loyakan tekak buat semua :')


Tak pandai nak senyum macam pengantin, nah muka tipikal aku hari-hari. Tak main cover line punya,bak kata Fairuz Selamat, "berblog dengan keikhlasan" gitu -_-".

Bye nak kutil gam bulu mata palsu yang dah dua hari tak hilang-hilang ERGH.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...