06 August 2012

Allah Almighty.

Assalamualaikum...

Aku tengah mood positif ni, syukur tahap maksimum. Tuhan test tang tu, tapi Dia kasi happy ending tang sini. Uji tang sana, tapi bagi rezeki tang sini :-) WOW! Nanti aku nak cerita lebih-lebih kat sini tapi bukan hari ni. Hari ni aku nak pack baju nak pergi duduk Putrajaya lagi dan lagi dan lagiiiiiiiiiiiiii... Woohoo! Chap, Pid! Tumpang yea! Hehehehe.

01 August 2012

August 1st, 4 Years Ago...

Assalamualaikum...

Dah 4 tahun kita together kan. Apesal rasa macam dah 20 tahun eh?? Macam lama gila dah sama-sama tapi tak kawen-kawen kehhehhehheh -__-" Tapi dah konon-konon lama pun kamu masih buat kita debar-debar despite of our (quite) many years together. Selesa tapi ada sparks awwwwww.

4 years ago, zaman tak loghehh puiii

Being us, anniversary birthday apa semua takde nak celebrate-celebrate. Segan arrr nak romantik-romantik, tak sesuai dengan jiwa ribena kita ni kan kikikiki. Kita wish-wish and makan-makan besar je cukup. Tak celebrate apa pun kita makan-makan besar jugak, maknanya hari-hari pun special. T____________T (Kamu la ni kuat makan muehuhaaa)

Okay lah, before I became helplessly romatic and too transparent, THE END.

Kaki ayam: Anniversary as an 'item' yang terakhir kan? Tahun depan anniversary yang lain kan? Anniversary yang tu kena celebrate okay! Nak jongkong emas 999. You're the sweetest! Thanks!

26 July 2012

Virus Gedik Nak Kawen


Assalamualaikum...

Aku kan sebenarnya kan dari dulu malas nak expose sangat kisah bercinta sakan kat mana-mana, macam kat social networks hatta real life sekali pun. Aku segan nanti orang cakap aku gedik, gedikkkk lebihhhh macam ko sorang bercinta puiiiii! Tapi kan kadang-kadang terlepas jugak, lepas tu aku cuba bawak bertenang dan menginsafi diri.

Aku tau orang confirm menyampahz okay nak baca pasal kisah bajet romantik ko. Berulat mataaaaa! Sebab aku pun rasa sama bila baca. Macam-macam gedik ada. Kalau budak sekolah nak gedik aku faham lagi, budak sekolah kan jakun, semua nak tunjuk konon kasi orang jelly (refleksi diri ni). Ala, tapi budak-budak kan, tak kenal dunia. Boleh accept lagi. Tapi kalau dah jadi abang-abang kakak-kakak masih gedik, OH NOOOO!

Contoh gedik (atau geng aku panggil garikkk!)

- Couple je tapi buat akaun facebook bersama (bajet sweet bertemakan 1Facebook?)
- Status berbunyi "I love you pakcik senget! - with (tag nama boyfriend)"
- Kalau yang blogging pulak, selagi ada entry selagi tu ada selit nama boyfriend. Adoiiii.
- "Ya Allah, dia terlalu sayang aku, temukan jodoh kami. Aminnnn..." (ni elok baca lepas solat, not elsewhere. Tak rasa macam gunakan atas nama religion ke untuk express kan gedik awak? Huhu)

Pastu kan yang aku tengok orang yang biasanya relax ke, gila-gila ke, nampak diam ke pun automatik akan gedik bila dia nak kawen. Contoh kan, "Encik Tunang cakap lepas kawen nak anak ramai-ramai. Pastu nak muka macam kite sebab Encik Tunang kite cakap kite comel. Eeee ngade taw!" PERGHHH termasuk lah yang sedang bercakap ni sama dengan je!!!!!! (tonyoh dahi sendiri T________T)

Maka tujuan aku cerita ni adalah untuk muhasabah diri semata-mata. Bila aku dah tulis ni aku akan malu sendiri bila aku menggedik.

Yang dah kawen tu takpe lah nak gedik ikut mana pun, dah halal. Macam Filla, Elly, and the geng semua tu aku memang suka ah baca! Nak loving-loving pun cool je, tak loya tekak baca, gangsta je cara diorang :-) Kita-kita ni apa pun tidak lagi dah gelabah semacam. Sedarlah, Zakiah...

Kaki ayam: Sorry taw, ni untuk diri sendiri. A self-reminder. Peace taw....

21 July 2012

Sesi Hati Taufu Fa

Assalamualaikum kepada kesepian (ececehh...)

21 Julai 2012, first day puasa untuk tahun ni. Kebetulan jatuh hari Sabtu maka ramai kawan-kawan balik kampung, nak bersahur and later berbuka dengan family tersayang. How excited, how nice! Cemburu arrrrr...........

While me, aku memang di rumah. Rumah yang kosong without yang tersayang...... Ala bulan puasa je kot tapi aku tak tau apa motif aku nak emosional sangat. DASAR PENYEDIH! Perghhh letih, fed up dengan diri sendiri!!!!! Jangan nak drama-drama sangat boleh tak, wahai diri sendiri...

Miss your telur masak kicap for sahur, ma.... Miss you. Sangat. Sangat. Sangat. Tengok your almari kesayangan pun boleh nangis, apa cerita tuuuu ARGHHH!

I can barely live without you. Dah cuba tapi.... You were my life. No, you're still my life.

Kaki ayam: Kena sediakan super-extra-absorption mop untuk raya, tears will get crazier hahahahahahahahahahahahahahaha... :-)

20 July 2012

Zakiah, The Penganggur...

Assalamualaikum, salam 1Penganggur...

Warghh aku stress! Stress dah sebulan lebih cari kerja, masihhhhh tak dapat-dapat lagi. Eh tapi ada lah dapat satu kerja hari tu, jadi salesperson. (Tumpang lalu nak emo jap) Interview cakap buat advertising,sekali kerja jadi door-to-door salesperson, bolehhhh? Start-start dah membohong, belum part bersosial antara staff-staff pulak. Corporate culture dia, ko kena main sep-sep tangan (high five tuuu) laki pompuan setiap kali jumpa. Apakah?? Ehh macam kgdotcom kan aiiii tak sporting, tapi ah lantak ah. Walaupun atas nama kerja, aku tak sukaaaa sooooo bye bye okay. (Emosi tamat di sini)

Okay, back to topic :) Lately ni kan aku macam sentap-sentap sikit kalau orang tanya, "Dah keje ke?". "Blommm...". "LA, TAK KEJE LAGI??" Buat muka. Puaghhhhhkaaaa betulllll. Korang ingat aku saja malas taknak keje ke, nak wey....... Tapi rezeki takde. Yang ada pun yang pelik-pelik grrrrrr.

Interview dah berapa kali pergi, dalam sebulan ni dekat sepuluh kali dah. Sampai tak nervous gi interview. Macam,"Interview? Oh petang ni? Okay :-)".

 See buku jadual interview 1Penganggur T______________T Nangis berpanjangan.

Aku kalau tak fikir kena kumpul duit, memang aku tak pulun. Tapi sebab kehendak macam-macam haaaaa silalah cari duit sendiri, ayah support yang wajib je ye....

Muka positive baru balik dari interview :-)

Takpe, takpe, Zakiah sabar taw, MFO pun sabar taw. Ayah gak terbaik, tak pernah desak aiii, thank you ayah. Kurang sikit pressure di situ....

Kaki ayam: Longing for a position in RHB, the pay sounds delishhhh.



16 July 2012

Tunang Review: Mini Pelaminku Yang Maha Simple


Assalamualaikum...

Wey, meh lah tengok pelamin cinonet yang aku booked 2 bulan sebelum majlis hari tuh. Masa aku bincang patern pelamin ni vendor aku siap cakap, "Taknak ke tambah itu ini sikit, simple sangat takut bising family tengok nanti macam kami kedekut ke apa huhu." Taknak!!!! Mula-mula aku siap taknak platform sekali tapi bila bayangkan macam sedih pulak :p

Aku macam biasalah takde contoh-contoh gambar pelamin ke hape, aku bayang sendiri je hasil combine idea merata-rata. Pastu sambil aku request sambil kakak vendor tu lukis vision yang aku duk cerita tu. Hasilnya bagussss, 95% puas hatiiiiii.

Aku request backdrop putih je TANPA apa-apa arch, no no no. Pastu dengan lots of colourful cushions supaya pelamin tu nampak relax and cozy. Bahagian ni lah yang ada kurenggg sikit sebab kusyen tak berapa nak colourful, ada 4 warna je tapi okay lah dari sekadar black and white kan. Dan aku taknak walaupun sekuntum bunga pun kat pelamin, mintak jauhkan sangat. Sebab aku bukan peminat bunga, so save it for the wedding ye. Wedding kan sinonim dengan bunga. (Benci)

So hasilnya...

Yeayy, selesa macam nak tidur lesak-lesak je atas ni!

Aku deal dengan sorang vendor pelamin yang sangat best! Ko cakap je ko nak macam mana, nak patern apa, nak bentuk guane, nak warna apa, nak apa-apa je lah semuanya bolehhhhh. Kalau tak boleh pun dia akan buat yang sehampir boleh. Vendor pelamin aku...

Medan Gopeng, Ipoh
Kak Awa - 016-5940966

Kak Awa ni muda lagi so dia faham taste-taste konon moden kita ni, dia rajin je melayan imaginasi kita, takde nak sibuk-sibuk kata idea kita tak elok ke apa. Dia respect idea customer. Memang tu lah sepatutnya, its our big day after all. So makcik-makcik bridal yang lain tolong belajar ye skill yang satu ni. Oh, satu lagi... Harga untuk mini pelamin kat sini bermula dari RM500 ke atas. Tapi aku tengok kalau ada yang mintak pelamin sarat laratt pun Kak Awa ambik RM500 jugak. Kesimpulannya, sejuk hati aku deal dengan dia, senangggg.

Tapi mini pelamin ni tetap nampak gedabak dalam rumah aku yang sebesar tapak tangan tu huhuhu. Nasib ayah tak bising, sampai depa bincang-bincang cupui-cupui je di pinggir ruang tamu tu huhehaaaa. Maaf semuaaaa :p

 Anak buah aku yang feeling lebih, puiiiiiii :D

Kaki ayam: Kak Awa, insyaAllah nanti kita jumpa lagi untuk merealisasikan pelamin pokok idaman ye ;-)

12 July 2012

Tunang Review: Tema yang simple!

Assalamualaikum...

Masa plan untuk majlis tunang aku, aku dah set untuk buat majlis yang VERY SIMPLE yet nice dengan satu basic colour, iaitu putih. Yang colour2 pelengkap lain aku free je, tak kisah asalkan cantik. Ada a little bit of blue, purple, pink, and green. Tapi semua soft-soft je, tunang kan, kena tone down sikit barulah bajet sweet cute-cute suci gitu (gelakkkkkkkk) :D :D :D :D

Okay balik ke topik, aku tak nak terikat dengan tema, example tema black and white ke kan, kita akan jadi sangat terikat and majlis pun jadi macam 2-tone sangat. Skema and to me, boring. (sedap mulut sangat, ampun but yeah my 2 cents). Tu taste aku lah, taste orang kan beza-beza, so aku respect taste orang lain, no problem. Majlis masing-masing, impian masing-masing. :-)

Aku segala-galanya simple, baik dari baju, pelamin, hantaran, make up, accessorising, menu makanan, ambience, everything! Aku akan cuba review satu-satu for personal reference and memory nanti :-)

So basically begitulahhhh.

   Tema Utama: Minimalis / 'Less is more'
  Warna Tema: 70% putih, 30% campuran biru, ungu, hijau, & pink
  Pencapaian Tema: 90% terlaksana, balance 10% tak puas hati grrr

Kaki ayam: Aku ingatkan kalau buat minimalis kos pun minimalis lah tapi macam samaaaaaa je, puiiiiii!


Tunang Review: Baby's Breath Hand Bouquet

Assalamualaikum...

Aku ni jenis 'minah konon-konon' sikit. Suka bajet konon-konon rare, lain dari orang sikittt. Aku membayangkan majlis yang minimalis tapi tetap special. Hence, in terms of hand bouquet, instead of playing with the ordinary bouquet (e.g.: using roses, carnations, pinch of baby's breath) I go for 100% baby's breath bouquet. I've been dreamt of holding such bouquet since last year! Kehkehkeh nak tunjuk bertapa bersungguh ni pergh.

Aku pun beli ler sejambak baby's breath dekat florist old school kat Pasar Besar Ipoh, harga sejambak RM40. Boleh beli loose RM10 camtu kalau korang nak guna sebagai filler.


Tu dia size sejambak sebelum dirapat-rapatkan.

End product. Konon untuk cover perutttt... Tapi harammmm. Perut sebegitu bunga dengan pasu-pasu sekali baru ler tertutup okay T_________________T

Lagipun sekejap je maintain bouquet tu, lepas tu habis rabak aku baling-baling. Tercabut habis riben tu hakhakhak. Memang tak kukuh sebab TSS (teman sejati selamanya) aku buat last minute sambil-sambil aku mekap tengahari tu.

Balingggg puntang panting mende tu huhu.


Pastu plan nya yang perca-perca bunga tu nak letak kat rambut. In scattered order. Tapi dah lambat siap, orang dah nak panggil keluar aku terhegeh-hegeh lagi tak siap maka Effy, one of TSS, chotttttt cucuk terus sejambak kat tepi kepala aku. Ye lah make-up artist tu duk sibuk touch up lipstick lagi. Then makcik aku panggil, aku pun keluar terus tak sempat tengok cermin.......


And. I. Don't. Like. It. To be chottt there. But well... The damage is done :-)


Kaki ayam: Puas hati aku dapat hand bouquet made of baby's breath tu. Nanti untuk bigger day barulah buat yang OUTSTANDING kan. *senyum sengettt*

09 July 2012

Kurang Lebih Lima Bulan

Assalamualaikum...

Ayat favorite minggu ni, "LIMA BULAN je lagi, sabar tau..." Pantang ada apa sikit yang diingini, kok pasti di ulang ayat itu saja (tulis entry while sinetron playing on tv). Okay mari sama-sama kita bersabar ye. Bulan depan kita tukar ayat favorite pulak ye kemihkemihkemih.

Kaki ayam: #statusicantwriteinfacebook kaedahnya :p

05 July 2012

Tunang Review: Ku cinta cincinku!


Assalamualaikum...


Aku adalah sangat susah nak minat design cincin, what more cincin emas... Tapi start dari cincin risik, kami kena beli cincin emas kan. Kalau beli white gold ke hape tak pulak tanjatttt orang tua-tua tengok kau beli cincin besi putih jer hikhik. Mula-mula macam awkward pakai, tak pernah pakai gold hatta seutas rantai nipisss. Tapi lama-lama bila dah sedap pakai, untuk tunang pun aku decide nak cincin emas sebab cincin emas macam ada seri sikit kottt. Cincin emas is a statement, says you're booked/taken... :p


Untuk cincin tunang, survey punya survey kat Ipoh at last aku jumpa yang palingggg termuah di hati dekat Myriad Jewels, Greentown Mall. Simple and sleek! Takde kerawang-kerawang, ukir-ukir liang liuk segala kat situ, clean cut. Kosong je, casing cincin dengan swarovski seketul (diamond tak mampu, tunggu kawen je T_________T). Tapi menonjol dan terjojol heeee. Very solitaire, very elegence. Matilahhhh bajet elegence, sowy yeh ;-)


Ni decide sendiri je, MFO ikut je. Tak nak tolong pilih pun, takde pun scene, "Ni sesuai untuk you, sayang" (sambil tatap mata dan terpaku) hahaha. So okay takpe aku pilih yang besor sikit ahak ahak ahak. Dia datang bayor je ahak ahak ahak.


 Itulah dia (bersama hand bouquet yang rabak!)


Love it so much, I even have it on while sleeping.


Kaki ayam: Ku cinta cincinku seperti ku cinta pembelinya! (puiiiii nanti kawen nak diamond please, thank you)

04 July 2012

On Why We Decide To Get Married

Assalamualaikum...

Kali ni nak cerita ceriti yang serius sikit, boleh ye? :-) Aku ni baru je complete belajar hujung Mei hari tu, transkrip pun tak release lagi tapi dah sibuk nak rancang tunang and later kahwin. Why so fast, some may ask.

Aku sebenarnya sunyi hidup sorang. Mama (she was my life, and I was hers) dah takde. Ayah pulak busy kerja and ada banyak tanggungjawab lain. Aku tak salahkan ayah, aku faham. Ayah TAK PERNAH abaikan aku but inside... I feel so lonely.

On the other side, I have him. Dia sentiasa ada untuk aku bila semua orang lain sibuk dengan hidup masing-masing, kitorang pulak sibuk ke hulu ke hilir berdua je. Right after Mama passed away, I became his life (and vice versa, of course) and without me asking, he considered me as his responsibility. Jadinya, dia akan pastikan aku selamat, makan, sihat, etc. Hampir tiap-tiap malam dia akan bawak aku keluar and make sure aku makan, teman aku sembang, make sure aku tau yang dia ada. Mungkin nampak macam simple, tapi yang simple-simple tu lah orang selalu abaikan. Orang yang tak pernah rasa, tak tau macam mana sedih makan sorang, macam mana stress takde member nak sembang. Boleh gila wa cakap lu.

Hence, dari terus hari-hari keluar, orang nampak pun macam tak best jugak lah. Tak manis lah senang ceritaaaa. Pastu hari-hari makan luar pun cemuih gak so MFO pun decide untuk go to the next step. Dari hari-hari buang duit keluar baik kahwin je.

So begitu lah. Keputusan tu bukan sebab dah gatal ke (gatal ada la, tapi bukan semata-mata heee), teringin tengok orang lain kahwin, faktor usia or whatnot tapi we need to be close to each other for basic living need, emotional, and safety reason. From there, we decide to create a 'Halal' life together.

That's it, secara ringkas. :-) Maka persiapan untuk create a simple life together now begins...

03 July 2012

Pra-Pengenalan

Assalamualaikum...

Aku jaranggggg sangat share pasal feeling-feeling ni secara open. Dalam Facebook ke, belog ke, twitter ada lah sikit sebab yang follow pun tak sempat kelip mata dah habis kira! Ahaks. Kadang-kadang rasa geli, selalunya malu lah. Malu orang baca hahaha. Sebab aku pun kalau baca expression orang yang feeling lebih ni pun macam, "Alamak, meluat gilerrr der." Sorry lah but it does kan? Macam ala, bukan kau seorang je ada boyfriend, chill lah.

Point aku ialah, sayang walaupun saya jarang tulis pasal awak secara terbuka you know I love you like a love song, right! Hahahaha.



Kenalkan, Mohamad Faisal Othman a.k.a MFO, tunang (meremangggg gua) yours truly yang suka skodeng sini rupanya ek ek ek. Sayang awak sampai tua ganyot okay, MFO! Dah official berani lah cakap kakikukeko (malu ah perghh gua off dulu).

Kenalkan, Ini Cucu Saya

Assalamualaikum...

Pada 7 Mei 2012, dari Acu aku dah upgrade jadi Grandma-cu! Erks yeayy erks yeayy! Excited tapi macam OMG, aku dah jadi opah?? Umur belum 30 pun lagi. Semua salah anak buah aku yang terlalu tua sampai lagi tua dari aku. I blame him!

And I thank him and lovely wife, Nisah, jugak lah for bringing cute little baby boy to our small family! So please welcome...

MUHAMMAD AQIL HUSAINI BIN AZMIL
Born on May 7th, 2012

Why so serious??

We love you, Husen!!!

02 July 2012

30 Jun yang hangat


Assalamualaikum...

Alhamdulillah THANK YOU Ya Allah sebab melancarkan segala urusan hari Sabtu, 30 Jun 2012. And yeayy, we are halfway there...


So aku memang have a thing dengan color belacan ni kan, baju sama background belog. BO-RINGGG.

Kaki ayam: Geli tak kalau tiba-tiba belog ni jadi belog B2B? Hahahaha.

03 June 2012

Assalamualaikum, Ada Orang Ke?




Heeee Heeee Heeee Huuuuu......

Ada hantu dah rumah tinggal ni. Gagagagaga. Nasib hantu comel!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...