16 July 2012

Tunang Review: Mini Pelaminku Yang Maha Simple


Assalamualaikum...

Wey, meh lah tengok pelamin cinonet yang aku booked 2 bulan sebelum majlis hari tuh. Masa aku bincang patern pelamin ni vendor aku siap cakap, "Taknak ke tambah itu ini sikit, simple sangat takut bising family tengok nanti macam kami kedekut ke apa huhu." Taknak!!!! Mula-mula aku siap taknak platform sekali tapi bila bayangkan macam sedih pulak :p

Aku macam biasalah takde contoh-contoh gambar pelamin ke hape, aku bayang sendiri je hasil combine idea merata-rata. Pastu sambil aku request sambil kakak vendor tu lukis vision yang aku duk cerita tu. Hasilnya bagussss, 95% puas hatiiiiii.

Aku request backdrop putih je TANPA apa-apa arch, no no no. Pastu dengan lots of colourful cushions supaya pelamin tu nampak relax and cozy. Bahagian ni lah yang ada kurenggg sikit sebab kusyen tak berapa nak colourful, ada 4 warna je tapi okay lah dari sekadar black and white kan. Dan aku taknak walaupun sekuntum bunga pun kat pelamin, mintak jauhkan sangat. Sebab aku bukan peminat bunga, so save it for the wedding ye. Wedding kan sinonim dengan bunga. (Benci)

So hasilnya...

Yeayy, selesa macam nak tidur lesak-lesak je atas ni!

Aku deal dengan sorang vendor pelamin yang sangat best! Ko cakap je ko nak macam mana, nak patern apa, nak bentuk guane, nak warna apa, nak apa-apa je lah semuanya bolehhhhh. Kalau tak boleh pun dia akan buat yang sehampir boleh. Vendor pelamin aku...

Medan Gopeng, Ipoh
Kak Awa - 016-5940966

Kak Awa ni muda lagi so dia faham taste-taste konon moden kita ni, dia rajin je melayan imaginasi kita, takde nak sibuk-sibuk kata idea kita tak elok ke apa. Dia respect idea customer. Memang tu lah sepatutnya, its our big day after all. So makcik-makcik bridal yang lain tolong belajar ye skill yang satu ni. Oh, satu lagi... Harga untuk mini pelamin kat sini bermula dari RM500 ke atas. Tapi aku tengok kalau ada yang mintak pelamin sarat laratt pun Kak Awa ambik RM500 jugak. Kesimpulannya, sejuk hati aku deal dengan dia, senangggg.

Tapi mini pelamin ni tetap nampak gedabak dalam rumah aku yang sebesar tapak tangan tu huhuhu. Nasib ayah tak bising, sampai depa bincang-bincang cupui-cupui je di pinggir ruang tamu tu huhehaaaa. Maaf semuaaaa :p

 Anak buah aku yang feeling lebih, puiiiiiii :D

Kaki ayam: Kak Awa, insyaAllah nanti kita jumpa lagi untuk merealisasikan pelamin pokok idaman ye ;-)

2 comments:

Diyana Didie said...

kuya!!!!! congrats on ur engagement! ;)

Zaqyah Razak said...

alamak, thanks mommy maryam! ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...