30 January 2010

Belog aku bukan belogmu?

Aku sangat suka bersiar-siar ke belog rakan-rakan dan potential rakan-rakan, baca updates hidup diorang (adakah aku jatuh dalam kategori sukajagatepikainorang? Harap tidak, memang motif diorang tulis nak bagi orang baca kan).

Okay, setelah berjalan-jalan aku selalu jumpa banyak ayat yang tak sama tapi objektifnya serupa. Contoh macam:

1. Belog aku, suka aku lah nak cakap apa
2. Memang aku siok sendiri, siapa suruh kau baca ba?
3. Before you roll your eyes, please remember that this is my blog, thank you!
4. Jangan kejis I uols, nanti I sentap
5. Kutuk saya tapi tetap masuk belog saya juga, what the ....?

Itu ayat standard separuh-separuh bloggers yang tak rela (uols) dikritik. Apa pendapat korang? Apa kau rasa? Oren? Duh, lawak zaman AF3 doh! (-_-") I believe, as human we have our own egocentrism to protect our self-esteem from being lowered and to sustain our beliefs. Tambah pula bila blogging, kita ada ramai strangers yang baca dan (mungkin) tinggalkan komen. Bagi aku, tak ada hal tu semua, I love making new friends (gila ayat bajet interviu Miss Unduk Ngadau ke hape?).

Bagi aku, sila-sila lah kritik mana-mana yang korang rasa bengang dan bangang sahaja bila baca. Contoh macam, "kau ni ayat konon nak skema tapi tatabahasa subjek predikat apa jadah semua tunggang terbalik, panas hati aku baca" atau mungkin "think you speak good english? Think again..." T_T Tapi janganlah maki-hamun aku dengan bahasa Mat Remp-it (macam cara Nabila cakap dalam movie 'Bohsia' gua-dow-bai-waklu-langsi-ciaa!), sebab ambil masa sikit nak faham.

Sampai di sini dulu, sayang.

Peace (bajet-remaja-nak-peace-peace) dari tukang karut.

Kaki ayam: Tapi ada setengah orang memang kalau maki orang, dialah johan,bahasa tak teragak-agak.

1 comment:

Farihah Ahmad said...

blogging itu bayak dugaan. kita harus bersedia jiwa raga.
-tgk. da terpengaruh nk jadi Miss Unduk Ngadau eventhoguh xtau pon unduk ngadau tu hapa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...