13 January 2010

Bajet dan Bagos


Kawan-kawan aku ramai fobia dengan dua sahabat ini, nama mereka Bajet dan Bagos. Mereka marabahaya. Mengelitis sahaja rupanya, lebih dari Fasha Sandha dan Saerah. Muka mereka cantik sedikit dari Ruminah Sidek dalam cerita Keliwon, rambut mereka bertamadun sikit kot dari rambut Stacy masa AJL24.


Dua hari lepas aku naik bas kampus yang unik dari segi pentadbirannya. Selepas aku (dan pelajar-pelajar lain yang aku kalahkan dalam gusti bahu dekat pintu bas) naik bas, bas pun gerak. Tadi buat letih je gusti bahu sedangkan cukup kot seats untuk semua duduk. Oh sengaja nak tunjuk pelajar universiti ini memang competitive!


Okay pasal bas tadi, ia berhenti di satu lagi bas setop. Naiklah dua sahabat yang tak ada sahabat lain melainkan mereka berdua sahaja. Bajet naik dengan penuh gaya, pandang orang lain macam "eh muka kau-kau semua annoying, sumpah annoying buat aku rasa nak siku je!". Belakang Bajet ada seorang siswi, belakang siswi ada Bagos. Aku yang duduk tepi tingkap tengah tengok kandang kuda kat luar tiba-tiba terkejut. Terkejut sebab Bagos jerit tiba-tiba. Bagos jerit tiba-tiba dekat siswi kot. Bagos jerit:


"BUSUK! MASAMMMM!"


Siswi buat-buat tak dengar. Orang lain dengar tapi buat-buat dengar mp3, walaupun tak semua ada mp3. Itu bukan first time Bajet dan Bagos buat macam itu dekat orang. Sebab aku dapat trace yang hobi diorang ialah sound orang dalam bas. Kenapa bas? Yang itu kita tak tahu. And the best part is everybody does nothing. Everybody acts like chicken! Aku memang panas hati tapi mungkin aku juga one of the chickens... (-_-")


BTW, antara body odor siswi itu dan hati Bajet Bagos, korang rasa mana lagi busuk?



Gambar Hiasan: Siti 'Bagos' Saerah dan Fasha 'Bajet' Sandha.

Kaki ayam: Bajet Bagos buat bisnes threesome. Dengar cerita untung besar. Nauzubillah.

1 comment:

Islamic_Muslimah said...

emmm....
no komen bout that!! lalala..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...