22 January 2010

Malu ke nak mengaku?


Bila dah berjaga sampai dini hari, satu benda yang paling buat basket soul aku tersiksa ialah masalah dunia (terutama di Afrika, Somalia, Uganda dan Haiti) iaitu KEBULURAN.


3 minggu yang lepas aku pulang ke kolej kampus sehelai sepinggang. Tak ada makanan, tak ada baju baru dan tak ada comforter yang selalu aku seret untuk tidur dengan selesanya di bilik kawan. Bila tiada makanan, selalunya aku minta simpati kawan-kawan. Tapi kalau dah 3:00 pagi macam ini kalau gerak kawan tidur minta biskut Hup Seng dengan susu sejat buat cicah memang nak cari gaduh.


Maka di saat-saat aku memerlukan kasih serta belaian ini, aku teringatkan mama. Mama aku tak lah hebat sangat masak macam mama korang tapi mama aku pandai masak this one dish yang sentiasa aku ingat bila aku lapar (atau tidak lapar)!


OMG OMG!

Baru fikir belum taip pun sudah cepuk-cepak air liur (-_-") Lihat bawah untuk berkongsi bait-bait rentak dan lagu perut aku ini. oh.




Sambal tumis udang plus petai Che Yan




Tanpa malu nak mengaku, aku sangat fanatik dengan lauk di atas. Okay, tanpa malu sekali lagi nak mengaku, bukan lauk di atas sahaja. Apa-apa yang berkaitan petai pun aku fanatik. Sumpah sedap. Aku tau ramai yang double-standard kan petai kan? Okay tak apa, kalau korang tak suka bagi aku bahahaha.





Bagi aku kecur lagi satu round




Kaki ayam: Hahhhhh! Kumur pakai Listerine warna biru, tak ada masalah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...