31 May 2010

Ekspirien Ngeri

Cerita bermula apabila aku ke Putrajaya sekali lagi Khamis lepas. Lepak punya lepak, Sabtu malam aku kena balik sebab Ahad ada orang diri masjid maka aku kena pergi. Mama kata kalau tak pergi nanti kamu kahwin tak ada orang datang baru tau. Tapi aku tak kisah pun pergi wedding-wedding ni (walaupun sekarang dah pandai makan hati tengok orang kahwih haihh) sebab aku hearts nasi minyak! Teehee.

Okay, poin utama. Aku balik naik bus dekat Putrajaya Sentral, dekat situ dah ada bus. Lagi selalu lah aku turun rumah TSS (teman sejati selamanya) aku sebab makin senang nak sampai. Tak payah naik dua train, tak payah bawa kereta maka tak payah bayar tol. Memang terbaik lah masa start-start nak ke sana sebab nak pergi sana tak renyah, tak payah lalu jalan banyak kereta, tak payah pusu-pusu jalan jauh so memang kena lah dengan jiwa keibuan aku yang suka ketenangan ni. Ibu suka tenang ke? Baby nangis tenang apakah??

Okay balik poin utama. Pukul 10:00PM bus sampai. Aku naik yang lain tak naik. Aku babai TSS siap tukar ciuman terbang. Lepas tu bas jalan, aku seorang dalam bus. Aku tenang aje, sebab aku ada naluri keibuan kan tadi aku ada cakap :')

Lepas Puchong, lepas Bangsar, lepas Jalan Duta, aku masih duduk seorang ni! Bus ada dekat 40 seats. Lepas Restoran Jejantas aku masih positif oh mungkin ada passangers dekat Rawang kot. Tett, salah.

Pendekkan cerita sebab memang itu pun sahaja ceritanya, pukul 12:27AM aku sampai Ipoh. Aku turun seorang. Tinggalkan encik driver itu selepas ucap terima kasih kerana tidak jadikan pengalaman aku NAIK BAS SEORANGAN itu terlalu ngeri. Terima kasih encik. Lain kali kalau saya seorang sahaja yang naik cakaplah, boleh saya cancel tiket kot. Besar sungguh pengorbanan kau Plusliner, aku terharu dalam ngeri.

2 comments:

hentakbelipat said...

patut dah standby ape2 bnde tajam kat tangan..kalau nmpak anasir2 ngeri boleh take action cpat

Zaqyah Razak said...

benda paling tajam masa tu yang ada just sikat ;p tapi fon tak lekang dekat tangan but alhamdulillah sampai dengan selamat :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...