02 June 2010

Perilaku Menguntit

Also known as stalking behavior. Stalking is translated as menguntit in Malay, see how awful it sounds? Just as awful as it gets.

Kau rasa kau FBS (Facebook Stalker) tak? FBS didefinisikan secara tidak formal oleh aku sebagai orang yang menghabiskan banyak masa di FB (kalau kau masih main Myspace, so di Myspace lah, atau Friendster, Tagged, Twitter, okay dapat poin aku kan, okay) dengan melihat profil orang lain. Godek dari satu kelik, kelik lagi, terus kelik dalam lagi dan dalam dan sampailah the screen shows “Afiq Hakim only shares some of his profile information with everyone. If you know Afiq, send him a message or add him as a friend.” Sedih (-_-“)

SEDIKIT CONTOH PERILAKU MENGUNTIT:

Browse selagi ada gambar, selagi ada photo album. Siap kelik link nama kawan yang di tag. Tambah kalau nampak yang posing macam isi dengan kuku kaki kakak ku. ‘Girl dia ke ni?’

Baca wall, wall-to-wall, status atas sampai bawah. Tak cukup tu, kelik ‘Older Posts’.

SEDIKIT TANDA KAU DIKUNTIT:

Dua hari selepas kau balik KL, kawan kau tanya, “Eh kau baru balik KL lepak dekat rumah Kay dan Ell kan?”. “Mana kau tahu?”. “Tora bagi tahu”. “Tora siapa?”. “Budak sekolah kau dulu, dia cakap kau lepak KL”. “Budak sekolah?”. “Ha dia cakap dia kenal kau, Kay dan Ell pun dia kenal”. Fikir punya dalam, baru ingat ada nama Tora Datang Lagi dalam FB. Sah kau, Kay dan Ell telah dikuntit.

Sembang dengan seseorang yang bercerita tentang seseorang. “Eh semalam dia berdangdut sampai 2:00AM lepas tu sempat pergi supper lagi. Dengan boyfriend baru tapi kalau kau tengok mesti kau kenal laki tu, Jay dia ex Zee. Bukan main gambar sentuh-sentuh bukan muhrim. Lipstick dia mak haihh, macam Seindah Biasa SimplySiti, pakai skirt gila short kaki tak sha.. rah rah rah ah ah la la..”. “Mana kau tahu?”. “Kau tak online FB ke??”. Gila stalker.

SEDIKIT KESAN MENGUNTIT:

Nampak macam kau tak ada life. Walaupun kau sebenarnya memang tak ada life macam aku, tapi, chill lah ;p

Nampak kau macam nak cari poin puji (baguslah kalau puji) atau kutuk orang.Tak sihat kutuk orang, tapi kalau among TSS sahaja okay tak? (-_-“) Lama-lama orang muak kot kau asyik cerita itu ini macam kau kawan orang tu, padahal hari-hari study page FB dia saja. Please, get a life.

SEDIKIT RENUNGAN UNTUK PENGUNTIT:

Aku pun stalk orang jugak kadang-kadang (ke selalu? teehee). Benda public kan, semua orang boleh access, tapi pada-pada dan diam-diam sudah. Nak kuntit, kuntit lah tapi tak perlu sampai orang yang dikuntit tahu kot.

Kuntit lah puas-puas sebelum application “Who viewed my profile” ada balik. Don’t get caught. Peace :’)

Kaki ayam kiri: Ni kupasan shallow, aku kan myopia. Tak nak kupas deep-deep sampai tahap orang stalk kau dekat rumah sebab dapat address dari FB and et cetera. Scary.

Kaki ayam kanan: Dari pengalaman sendiri stalking and friend of someone that has been stalked teehee.

2 comments:

Farihah Ahmad said...

tu la dia. so kena hati2. xperlu la kot nk showing off our private life kn? biasa2 sudaaaa =)

Zaqyah Razak said...

Farihah: true true.kadang-kadang kita sendiri macam over expose diri pun ye jugak kan, bukan salah stalkers je.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...