30 June 2010

Bila Hilang...


Sepanjang hari ini empati menyira diri aku. Nafas rasa berat seolah-olah udara sangat pekat. A, maaf aku tak dapat tolong kau apa-apa. Aku tahu kau lemah, aku tak nak buat-buat percaya kau kuat. Tapi kau kena tabah, ini masa kau guna segala iman kau.

Petang tadi aku datang pada kau. Kau sugul, jalan pun macam terapung. Layu. Air mata yang dah 5 bulan kau kerah akhirnya kering juga, sahabat. Aku sesak sendu tengok kau. Rasa macam nak peluk kau sebab luluh tengok kau lunyai macam gitu. Everthing will never be the same again but you’ll get use to it. Masa, silalah berlalu dengan laju demi menyembuh duka sahabatku.

Sabar. Redha. Tabahkan hati, berbahagialah dengan setiap pahala kau kumpul dari setiap titis air mandi yang kau siram padanya, setiap suap makan ke mulutnya, setiap teguk air, setiap minit kau teman disisinya, setiap senyum kau beri, setiap doa kau esakkan…

Relakan permergian ibumu bertemu Maha Pencipta. Tetapkan semangat, tetap tersenyum, dan cintailah orang-orang yang masih kau miliki, sahabatku.

Takziah buat Ain sekeluarga. AL-FATIHAH.

2 comments:

Islamic_Muslimah said...

Al-Fatihah..
moga roh ibu ain tercinta di cucuri rahmat, amin..

im very touching with ur expression, my tears come out without i realize it..

Zaqyah Rezzaq said...

:'(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...