04 June 2010

Hot Tiket

Buka write message, taip "Ayah nak topup pls......". Send. Mesej di-riplai, "Hambik dekat kapla katil ayah, ada kad topup bentuk baju. Baca direction sebelum topup".



Jumpa, baca direction sambil rasa ketinggalan zaman kenapa aku tak pernah tahu ada reload kad sebegini bentuk.

Aku tekan *105*digit14angka#. Check kredit lepas tu, kenapa sama, 32sen? Try tekan *105blablabla sekali lagi. Tetap!

Memandangkan ayah aku polis anti-rasuah (bahahahah erks), aku repot dekat ayah. Kebetulan hobi ayah sekarang ialah call Maxis ngamuk-ngamuk, so memang cantik lah.

"Encik sila tekan *129# untuk semak baki".



Oh. Rupanya kad tu tak masuk kredit. Dia bagi 100 SMS + 50 minit call. Patutlah naik tenggelam butang *100# tu aku tekan nak check, tak masuk-masuk so-called kredit RM8 itu. Cheese!

Nasihat khidmat masyarakat aku kepada mereka yang pakai pelan Youth Club, baik tak payah beli topup bentuk baju ni sebab not worth it. Sebelum apa-apa tiba-tiba segala 100 SMS + 50 minit call habis. Kalau Youth Club punya pelan, RM10 tahan dekat seminggu kot.

Apa-apa pun aku tetap setia dengan kau, Maxis. Cuma tak gemar Hot Tiket ni. Hello, dah 9 tahun pakai nombor sama, aku pernah cuba dengan Celcom tapi aghh tak boleh. Okay dah.

Kaki ayam: Kenapa 'Hot Tiket'? Bukan ke sepatutnya 'Hot Ticket' atau 'Tiket Panas'. Spelling error atau stail?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...