30 January 2010

Belog aku bukan belogmu?

Aku sangat suka bersiar-siar ke belog rakan-rakan dan potential rakan-rakan, baca updates hidup diorang (adakah aku jatuh dalam kategori sukajagatepikainorang? Harap tidak, memang motif diorang tulis nak bagi orang baca kan).

Okay, setelah berjalan-jalan aku selalu jumpa banyak ayat yang tak sama tapi objektifnya serupa. Contoh macam:

1. Belog aku, suka aku lah nak cakap apa
2. Memang aku siok sendiri, siapa suruh kau baca ba?
3. Before you roll your eyes, please remember that this is my blog, thank you!
4. Jangan kejis I uols, nanti I sentap
5. Kutuk saya tapi tetap masuk belog saya juga, what the ....?

Itu ayat standard separuh-separuh bloggers yang tak rela (uols) dikritik. Apa pendapat korang? Apa kau rasa? Oren? Duh, lawak zaman AF3 doh! (-_-") I believe, as human we have our own egocentrism to protect our self-esteem from being lowered and to sustain our beliefs. Tambah pula bila blogging, kita ada ramai strangers yang baca dan (mungkin) tinggalkan komen. Bagi aku, tak ada hal tu semua, I love making new friends (gila ayat bajet interviu Miss Unduk Ngadau ke hape?).

Bagi aku, sila-sila lah kritik mana-mana yang korang rasa bengang dan bangang sahaja bila baca. Contoh macam, "kau ni ayat konon nak skema tapi tatabahasa subjek predikat apa jadah semua tunggang terbalik, panas hati aku baca" atau mungkin "think you speak good english? Think again..." T_T Tapi janganlah maki-hamun aku dengan bahasa Mat Remp-it (macam cara Nabila cakap dalam movie 'Bohsia' gua-dow-bai-waklu-langsi-ciaa!), sebab ambil masa sikit nak faham.

Sampai di sini dulu, sayang.

Peace (bajet-remaja-nak-peace-peace) dari tukang karut.

Kaki ayam: Tapi ada setengah orang memang kalau maki orang, dialah johan,bahasa tak teragak-agak.

28 January 2010

Libang libu seorang yang bernama aku


Semak, semak! Bukan bilik aku sahaja yang semak tapi perut pun semak. Aku bukan cemburu, bukan sedih, apatah lagi marah. Aku sendiri tak faham, isi hati aku macam isi yang terkandung dalam Section 37 (1) Offenses of Copyright Law 1987. Aku ternganga. Aku tak faham.



Aku harap masa aku akan tiba, bila mana aku akan tenang dan rasa sempurna. Datang majlis orang sambil pegang hadiah dan pegang tangan my better half.



Selamat Pengantin Baru kawan-kawan!



Kaki ayam: Peer preasure doh T_T

27 January 2010

1 dalam 27,000,000. Dia Tun Dr. Mahathir


Petang Isnin kelmarin aku kelam-kabut bangun dari afternoon nap aku. Rasa macam dah terlambat sebab janji dengan roommate aku nak jumpa dekat kampus pukul 12:00 lebih. Tapi bangun-bangun dah pukul 12:58!





Pakai dorono, sikat rambut, kasi kelip sikit (fringe kontot sumpah irritating!) terus berlari kejar bas. Sampai kampus, buat-buat tenang sebab roommate dah janji nak chohop kan tempat. Ramai manusia, dari siswa, siswi, siswai, pensyarah, technician, sampai ke sanitizer engineer pun ada. Semua nak tengok YAG (Yang Amat Genius) Tun Dr. Mahathir Mohammad. Nak tengok depan-depan.





Manusia makin ramai menyesakkan diri. Aku kagum sebab yang datang bukan 1 Malaysia saja, tapi 1 Global. International students pun sibuk nak tengok sendiri Lagenda Malaysia. Bangga sekejap.





Tun masuk dewan, dah macam nampak Billy Joe je, gila havoc bahahaha. Tun's talk was about Peranan Mahasiswa Dalam Mengangkat Status Malaysia Ke Negara Maju. Aku nak share satu sahaja qoute dari Tun. Sebab yang lain dah lupa (-_-"). He said,






"Peranan utama mahasiswa ialah untuk menguasai ilmu sebanyak mungkin. Tapi ilmu sahaja tak cukup. Tapi cara guna ilmu (iaitu) dengan teratur dan tertib."


Oh satu lagi.


"Bukan saya yang buat Kedah Maju 2010. Dari buat signboard (yang boleh kita tengok serata Kedah) tu baik kita kerja lagi kuat."


Aku duduk jauh, yang datang lambat sedap-sedap dapat bersila depan Tun

It was one hell of an evening. Eventhough I didn't get the chance to salam him nor his wife, but still I was satisfied indeed. I Tun Dr. M teehee.



Wajah kesayangan hamba dan mama hamba.




Dengan roommate yang frust tak dapat salam Tun.



Kaki ayam: Muka Tun kerut-kerut masa dia nak duduk, sakit lutut barangkali.



25 January 2010

Minum petang bersama Donut Empire


Donut Empire bukan sebuah kerajaan baru yang ditadbir oleh orang obesiti okay (-_-") Ini brand donat yang first time aku dengar dan baru buka francise di Kedah. Dekat negeri lain ada tak? Yang pasti dekat Ipoh tak ada so petang itu adalah first time aku berkenalan dengan brand ini.





Ingat Malaysia punya new francisor, rupanya ia asal dari sama tempat dengan bekalan air yang telah diproses untuk Malaysia. Mana? Ya, Singapura.


Sebelum serang donat, sental makanan cliche pasar malam dulu. Burger goreng aku punya. Dia sedap sebab dia banyak minyak.


Lepas habis makanan berminyak, masa untuk makanan berkarbohidrat tak tepu pula! Baguskan? Okay memang tak bagus tapi inilah kehidupan (-_-")



Okay, aku memang layan jugalah donat ni. Dah makanan sedap, gila apa tak nak suka kan? Antara Dunkin', J.Co, Big Apple dan sekarang Donut Empire plak, aku paling heart Dunkin' juga. Kenapa? Susah nak cerita, boleh cerita guna ekspresi muka sahaja teehee.



Okay back to Donut Empire, overall donat dia okay. Tapi buka-buka kotak je terus macam "eh yang ni macam Big Apple, yang ni pun! Ni Dunkin'." Tapi lepaslah gian pada donut.




Donut Empire bebeh!



Sedap sampai menjilat-jilat


Oh million thanks pada roommate aku yang comel kerana dengan rajinnya ambil pesanan dan mengangkut sedozen donat naik turun bas. Sebagai balasan aku akan suka lagu 'Menatap Matamu' selama 3 hari (-_-")



Kaki ayam: Dulu ada yang sanggup ulang-alik Ipoh-KL just for the sake of buying me donuts T_T

22 January 2010

Malu ke nak mengaku?


Bila dah berjaga sampai dini hari, satu benda yang paling buat basket soul aku tersiksa ialah masalah dunia (terutama di Afrika, Somalia, Uganda dan Haiti) iaitu KEBULURAN.


3 minggu yang lepas aku pulang ke kolej kampus sehelai sepinggang. Tak ada makanan, tak ada baju baru dan tak ada comforter yang selalu aku seret untuk tidur dengan selesanya di bilik kawan. Bila tiada makanan, selalunya aku minta simpati kawan-kawan. Tapi kalau dah 3:00 pagi macam ini kalau gerak kawan tidur minta biskut Hup Seng dengan susu sejat buat cicah memang nak cari gaduh.


Maka di saat-saat aku memerlukan kasih serta belaian ini, aku teringatkan mama. Mama aku tak lah hebat sangat masak macam mama korang tapi mama aku pandai masak this one dish yang sentiasa aku ingat bila aku lapar (atau tidak lapar)!


OMG OMG!

Baru fikir belum taip pun sudah cepuk-cepak air liur (-_-") Lihat bawah untuk berkongsi bait-bait rentak dan lagu perut aku ini. oh.




Sambal tumis udang plus petai Che Yan




Tanpa malu nak mengaku, aku sangat fanatik dengan lauk di atas. Okay, tanpa malu sekali lagi nak mengaku, bukan lauk di atas sahaja. Apa-apa yang berkaitan petai pun aku fanatik. Sumpah sedap. Aku tau ramai yang double-standard kan petai kan? Okay tak apa, kalau korang tak suka bagi aku bahahaha.





Bagi aku kecur lagi satu round




Kaki ayam: Hahhhhh! Kumur pakai Listerine warna biru, tak ada masalah.

20 January 2010

Lebih juling dari orang juling (no offense)


Dari mata kasar memang aku dan kawan-kawan sekuliah mostly bermata normal. Berwarna hitam, ada yang coklat-coklat sikit, ada yang hazel (tapi dia bukan kawan aku), tak kurang yang bermata kelabu dan biru (tahan 3 bulan je lepas tu hitam/coklat/hazel balik). Tapi trend kami sekarang ialah terjulingkan mata dalam kuliah. Ter okay, not on purpose.


Juling bukan sebab bau badan students Arab atau One Drop Perfume yang terlebih curah (One Drop bukan pakai one drop je ke?) tapi sebab........ Warghhhhh.


Beranganlah muka aku jadi comel macam ini bila aku menguap (-_-")


Bila kelas petang je mengantuk, bila mengantuk je mulalah segala-gala atas flip table tu jatuh! Buku bergelimpang nasib tak koyak, pen melompat, pensil case berterabur. Nak kutip satu hal, kalau dapat yang duduk sebelah itu mulia, dia tolonglah sikit tapi kalau dah banyak sampah dari pen dalam pensil case tu, ha kau pikul-lah sendiri Kiah! Dah jatuh barang sampai bergema 1 kelas barulah celik sikit, tapi sumpah sikit je. Mengantuk balik... Lagi parah bila kelas yang tak ada kawan yang kenal, semua kawan yang tak kenal je. Habis tu aku nak kacau siapa?


Kaki ayam: At least aku tak sekritikal Hana bahahaha

14 January 2010

Badan kau sendiri pun kau tak boleh kontrol


Kau sebenarnya tak boleh kawal diri kau sendiri, percayalah. Aku ada bukti.


Aku baru terbaca cerita majika ini dan rasa macam menarik sangat. Jadi jom kongsi ini benda bersama okay. Kau semua buat arahan di bawah ni okay.

Step 1: Angkat kaki kanan dan pusingkan ikut arah jam pusing (clockwise).

Step 2: Angkat pula tangan kanan lalu tulis nombor enam di atas angin.


Pusing Kaki dan tangan serentak, tangan kena ke depan. Try la.



See?? See??? Kau tak boleh kontrol dan koordinat body movement kau kan? Kau cuba banyak kali macam mana pun tak kan ada hubungan negatif punya antara kaki dan tangan kanan. God Almighty.


Kaki ayam: Ni untuk kaki manusia, kalau kaki ayam aku tak pasti.

13 January 2010

Bajet dan Bagos


Kawan-kawan aku ramai fobia dengan dua sahabat ini, nama mereka Bajet dan Bagos. Mereka marabahaya. Mengelitis sahaja rupanya, lebih dari Fasha Sandha dan Saerah. Muka mereka cantik sedikit dari Ruminah Sidek dalam cerita Keliwon, rambut mereka bertamadun sikit kot dari rambut Stacy masa AJL24.


Dua hari lepas aku naik bas kampus yang unik dari segi pentadbirannya. Selepas aku (dan pelajar-pelajar lain yang aku kalahkan dalam gusti bahu dekat pintu bas) naik bas, bas pun gerak. Tadi buat letih je gusti bahu sedangkan cukup kot seats untuk semua duduk. Oh sengaja nak tunjuk pelajar universiti ini memang competitive!


Okay pasal bas tadi, ia berhenti di satu lagi bas setop. Naiklah dua sahabat yang tak ada sahabat lain melainkan mereka berdua sahaja. Bajet naik dengan penuh gaya, pandang orang lain macam "eh muka kau-kau semua annoying, sumpah annoying buat aku rasa nak siku je!". Belakang Bajet ada seorang siswi, belakang siswi ada Bagos. Aku yang duduk tepi tingkap tengah tengok kandang kuda kat luar tiba-tiba terkejut. Terkejut sebab Bagos jerit tiba-tiba. Bagos jerit tiba-tiba dekat siswi kot. Bagos jerit:


"BUSUK! MASAMMMM!"


Siswi buat-buat tak dengar. Orang lain dengar tapi buat-buat dengar mp3, walaupun tak semua ada mp3. Itu bukan first time Bajet dan Bagos buat macam itu dekat orang. Sebab aku dapat trace yang hobi diorang ialah sound orang dalam bas. Kenapa bas? Yang itu kita tak tahu. And the best part is everybody does nothing. Everybody acts like chicken! Aku memang panas hati tapi mungkin aku juga one of the chickens... (-_-")


BTW, antara body odor siswi itu dan hati Bajet Bagos, korang rasa mana lagi busuk?



Gambar Hiasan: Siti 'Bagos' Saerah dan Fasha 'Bajet' Sandha.

Kaki ayam: Bajet Bagos buat bisnes threesome. Dengar cerita untung besar. Nauzubillah.

09 January 2010

Chef Wan feat. Tun Dr. Mahathir

Dia menarik, kata-katanya meyakinkan, dia rajin turun naik pentas walaupun dia tak muda sangat, he speaks English like an English man, cakap melayu slanga Kedah piyau. Dia tak kutuk Malaysia or Malaysians macam Mr. Hasnizam, dia tak ada genggam tangan sambil bercerita pengalaman dia di luar negara macam Mr. Hasnizam, dia mengajar tak macam Mr. Hasnizam. Dia tak macam Mr. Hasnizam.


Dia macam mutasi Chef Wan featuring Tun Dr. Mahathir. Dia sehebat mereka berdua. Bibir dan ketinggian dia macam Chef Wan, mata dia macam Tun Dr. M. Dia aktif macam Chef Wan dekat dapur dan point out idea-idea bernas dalam dialek utara macam Tun Dr. M. His intelligence is superior like both orang famous itu. So since dia hebat, I tak patut address dia sebagai dia, tapi beliau.


Beliau pasti akan menyerikan setiap pagi Isnin dan Khamis I. I always look forward to meet him, listen to his thoughts.


Beliau, Dr. Abdul Rahim Othman, pensyarah Marketing Research & Analysis I. He's so sesuatu sampai I kena tulis sesuatu tentang beliau.


Kaki ayam: Dah kipas lebih-lebih ni harap dapat 4.00 for his paper kalau tak buat segan je (-_-")

06 January 2010

Rumah Opah Yan

Berada di tempat orang walaupun orang cakap (atau kita sendiri cakap pun boleh ambil kira) macam mana seronok sekali pun, there's no place like home kan? Rumah akan sentiasa menjadi 'rumah manis rumah' (that's right, home sweet home). Tak kiralah apa pun kondisi rumah engkau itu, banglo ke, semi-D ke, made of batu ke, rumah papan ke, separa batu separa papan ke, pent house ke (dream house ni), pangsapuri, kondominium, apartment ke dan segala macam lagi rumah, kalau dah nama rumah itu rumah saya atau engkau, ia tetap termuah di hati.




Rumah saya adalah rumah batu lama. Lokasi, Ipoh (mali tatak sombong woh). Kenapa saya suka rumah saya? Lame, let's not do that. Macam engkau-engkau jugak, kau suka rumah kau sebab ada katil kau, bantal peluk panjang kau, ada dapur yang penuh dengan makanan kegemaran kau, ada sofa yang memang dah di cop dengan bentuk punggung kau, ada kedai mamak yang buka 24 jam betul-betul depan rumah yang menjual teh o' ais dengan harga RM 1.20, ada tv yang kau tak payah tengok remote pun dah tahu nak tekan mana untuk tukar TV/AV sebelum tertangkap menonton dvd Doraemon, dan. I better stop before it gets too personal (-_-")




Tapi mama dah tak larat nak duduk rumah kami yang serba kekurangan itu sebab mama sakit, dia tak larat naik tangga. So everybody thinks the best solution is for us to move out dan cari rumah yang mempunyai tidak melebihi tiga anak tangga. Ada bendul tak mengapa, mama masih mampu langkah lagi.




Tapi nanti kalau pindah, will it still be the same? Well, the bantal peluk panjang, tv, isi dalam peti sejuk will still pretty much be the same, kan? Apa-apa pun apa (apa banyak sangat apa ni?apa tak ada perkataan lain apa?) yang terbaik untuk mama akan membuat hati saya tenang. Melihat kepada bahagian yang lebih terang, lepas ni kalau tertinggal handphone sayang dalam bilik sempat lagi lari sebelum ringtone terhenti kan. Dan boleh kurangkan ketagihan teh o' ais mamak jugak.




Maka, saya bersetuju untuk pindah. Bye rumah.


Kaki ayam: Mama, nanti kita dah pindah, mama cepat-cepat sembuh ya T_T

Masak-lah basar-lah

betul-betul tak pandai nak susun belog.habis macam mana ni?entah nak mintak tolong siapa T_T


tak suka!serius tak suka.kalau nak delete belog how ya?

01 January 2010

Bunga api 2010

365 hari yang lalu ada macam-macam warna walaupun the top color in my list is hitam.no no no,bukan ada peristiwa hitam,hitam sebab banyak pejam mata (-_-") walaupun banyak tidur tapi lama jugak rasanya nak menghabiskan 2009 ni.


yang pasti memang eager benar menunggu 2010 sebab I dah plan nak register belog on january 1st, 2010 hehehe.jadi,disinilah bermula tahun baru,tapi life masih macam itu saja jugak.tak banyak berubah masih pegang buku,ulang alik pergi kuliah dan makan dekat restricted options of cafes blerghh.


nevertheless,masih eksaited melangkah ke tahun baru sebab?i rasa i nak jadi rajin tahun ni.dah letih jadi orang yang kurang rajin.tapi tak janji tahu,nak cuba je.no preasure bhahaha.


maka,dengan lafaz bismilah hirohman nirrohim,mari langkah kanan ke tahun 2010.doa-doakan segala-galanya baik-baik okay.amin amin.

Cuba try test tengok

Assalamualaikum and hi all.


For those who read this,thank you BUT damn you are as unlucky as Azizah yang naik tangga lalu jatuh kemudian tangga timpa dia as I can sense that this post will be super cheesy and lame and no input whatsoever. Well, I don’t apply TQM (total-quality-management) in blogging so this is my first attempt, maafkan je lah okay hehehe.


I have been considering in creating my very own blog so that I can link with Hanis Zalikha and Anuar Kamaruddin and Kasih Aleeya and Nabieyl and Fatul and Mamat Khalid and and and plenty other A-list bloggers (rated by me) out there bhahaha. So here I come to share my piece of mind and insanity with anyone who care enough to well..READ it (-_-“)


REMINDER: expect nothing. NO EXPECTATIONS okay people. And feels free to drop stink bombs if you think that’s what I deserve of writing stinky post heeee.

I'm just approaching the beach and getting my legs burried under the wet sands. I need more time to be able to swim.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...