31 May 2010

Ekspirien Ngeri

Cerita bermula apabila aku ke Putrajaya sekali lagi Khamis lepas. Lepak punya lepak, Sabtu malam aku kena balik sebab Ahad ada orang diri masjid maka aku kena pergi. Mama kata kalau tak pergi nanti kamu kahwin tak ada orang datang baru tau. Tapi aku tak kisah pun pergi wedding-wedding ni (walaupun sekarang dah pandai makan hati tengok orang kahwih haihh) sebab aku hearts nasi minyak! Teehee.

Okay, poin utama. Aku balik naik bus dekat Putrajaya Sentral, dekat situ dah ada bus. Lagi selalu lah aku turun rumah TSS (teman sejati selamanya) aku sebab makin senang nak sampai. Tak payah naik dua train, tak payah bawa kereta maka tak payah bayar tol. Memang terbaik lah masa start-start nak ke sana sebab nak pergi sana tak renyah, tak payah lalu jalan banyak kereta, tak payah pusu-pusu jalan jauh so memang kena lah dengan jiwa keibuan aku yang suka ketenangan ni. Ibu suka tenang ke? Baby nangis tenang apakah??

Okay balik poin utama. Pukul 10:00PM bus sampai. Aku naik yang lain tak naik. Aku babai TSS siap tukar ciuman terbang. Lepas tu bas jalan, aku seorang dalam bus. Aku tenang aje, sebab aku ada naluri keibuan kan tadi aku ada cakap :')

Lepas Puchong, lepas Bangsar, lepas Jalan Duta, aku masih duduk seorang ni! Bus ada dekat 40 seats. Lepas Restoran Jejantas aku masih positif oh mungkin ada passangers dekat Rawang kot. Tett, salah.

Pendekkan cerita sebab memang itu pun sahaja ceritanya, pukul 12:27AM aku sampai Ipoh. Aku turun seorang. Tinggalkan encik driver itu selepas ucap terima kasih kerana tidak jadikan pengalaman aku NAIK BAS SEORANGAN itu terlalu ngeri. Terima kasih encik. Lain kali kalau saya seorang sahaja yang naik cakaplah, boleh saya cancel tiket kot. Besar sungguh pengorbanan kau Plusliner, aku terharu dalam ngeri.

23 May 2010

Malas Nak Cakap Sebenarnya Tapi ERGH.

Aku sebenarnya sumpah malas nak cerita pasal satu isu ni dalam belog. Sebab rasa macam tak payah kot. Orang kata dah tak relevan benda ni, tak ada faedah, outdated, melalaikan, yang melalaikan tu kan HARAM! Ergh tapi, aku ni kan setia (-_-") Dah lapan tahun aku ikut benda lagho ni (aku memang melayu tipikal). Tinggal tak join group Facebook dia je, sebab aku memang malas pun join group pelik jelik yang tumbuh macam kangkung tepi parit sekarang ni.

Okay topik asas tadi sebenarnya nak tunjuk eksaited sebab erks..

SHAHIR MENANG!

(-_-") Poyo-kan? Haihh I know, tapi sumpah suka dekat adik itu. Aku ingat aku dah tak ada nafsu nak minat budak-budak yang cuba nak ubah nasib keluarga dalam AF itu, darn how wrong I was ergh. Okay, congrats Shahir :')

Kaki ayam: Orang Perak memang pemalu tapi tarak sombong oh bahahah, eh seriously =_=

21 May 2010

Ada Bayangmu

Sang by Sembilan Band, boleh masuk apa-apa situasi. Tapi tak ada apa-apa maksud bagi aku. Buat apa peluk bayang-bayang, buat gila. Peluk baby bagus jugak, rasa macam peluk syurga, haihh. Okay, ada bayangmu :')

Lihat matamu
Memancarkan anugrah yang indah
Penuh Kasih sayang sejatimu
Genggam tanganku
Hapuskan juga air matamu
Agar terlelap cinta dan kasihmu

Biar ku lewati waktu
Tak letih ku mengingatkanmu
Harapkan cintamu dan cintaku menyatu

Cinta kasih di hatiku
Tak usah kau ragu padaku
Selalu kuingat dengan indah
Warna-warni di benakku

Ada bayangmu ada bayanganmu
Di setiap mimpiku yang indah
Bayanganmu selalu datang

Cinta kasih di hatiku
Tak usah kau ragu padaku
Selalu ku ingat dengan indah
Warna-warni di benakku

Credits to potential photographer, Nadea for putting this tune in her blog. That's where I first heard the song :')

17 May 2010

For The Sake Of Updating..

Saya PATI di rumah mereka :')

Hello sayang,

Mommy busy di crib Auntie Chappy dan Auntie Pidpid ni. Maka sungguh malas mahu feed kamu, baby belog. Kaki penat berjalan, automatik tangan pun terjebak penat juga. Tiga hari lebih di sini, sudah tiga kali pergi Alamanda, hari tu pergi makan, kelmarin beli kerang telur kicap, semalam karaoke, ahh terbaik dari ladang sungguh di sini. Cantik dan tenang, environment wise la. Tapi kawan-kawan I, sangat loud dan gila tahap MUET Band 6!

Okay entry ini sesungguhnya tiada motif khusus (obviously). Eh hari tu pergi I-City. Betul lah cakap semua orang (rasa macam aku orang Malaysia terakhir yang pergi sana, so left behind teehee) cantik tapi bazir! Tuhan tak suka!!!

Eh apa pasai aku tak ada mood nak balik Ipoh ni? Chap, Pid sila halau aku balik!

Kaki ayam belah kiri: Aktiviti utama 2, 3 hari ini ialah makan, oh shorga......

Kaki ayam belah kanan: Chap, Pid! Cepat balik. Malam nak jalan pergi mana pulak? Teehee.

14 May 2010

Putrajaya Boring???


Going to Putrajaya sekejap lagi, once again ingin memporak-perandakan Cik Pira and this time di rumah baru kamu kan? bahahaha *gelak sambil gosok-gosok tapak tangan* Cik Pida pun ada. Aghh miss korang! Farah, Zaren, Anin, eksaited sebab lama dah tak lepak, tak ada masa, kamu kerja, kita study, dia buat internship, this and that.

Biarlah orang kata Putrajaya boring, yang penting kita tak boring kan :') Eh tapi nanti korang pergi kerja...? Ajar kita jalan pergi Alamanda okay (and tinggalkan 1 kereta, ehem) boleh layan movie teehee.

Dear Tuan Rumahs,

Menteri Rambut dan Gosip dengan Menteri Peluncuran Ombak dan Pencerminan 'Tinted' :')

Jom karaoke, tengok Thomas Cup, makan William, movies, gossiping (banyak benda nak catch up ni), gelak, Kuehteow Goreng Pid! Eh, tak mahu Euphoria, Barcalona etc okay, dah promise kan? :')

Bye sekejap Ipoh, bye sekejap mama hehehehe. I'll be back in, I don't know.. Somewhere around next week? ;p

Kaki ayam: Support Ipoh Mali's Koo Kien Keat! You rock!

12 May 2010

Bukan Nama Sebenar

Wah, ada bunyi macam segmen radio yang mama kamu suka layan kuat-kuat pagi-pagi tak? Apa? Tidak? Okay mama I je kot yang layan huhu. (Siapa yang tak dengar Era memang tak faham, okay cukup!)

One of the things yang macam best aku suka buat ialah creating names, baik untuk diri sendiri or kawan-kawan. Bendanya because rasa macam tak mesra lah kalau panggil someone dengan nama kad pengenalan, dapat pulak yang panjang. Okay, faham nama itu indah maknanya dan susah-susah mak apak letak kan, tapi mak apak pun panggil kau along Kamarudin, achik spin (Al-Fatihah), angah Raja Lawak, kan kan kan? So okay off argument :')

Tak nak cerita pasal orang, fokus dekat diri sendiri dulu (haha vain gila). I've several nicknames throughout the years. Lain tempat lain nama and ianya sangat mendatangkan kebaikan :') Sebab bila siapa-siapa call, or text, or buzz I dengan niat nak rahsiakan identiti atau gurau-gurau comel, at least I boleh tahu orang itu from which chapters of my life.

I practically have 7 so-called nicknames. Nama lain-lain untuk tempat lain-lain. Nama among family lain, primary school lain, secondary school lain, time kerja, kolej, and uni pun lain. Oh nama time chatting pun lain *evil grin* :') So bila people call up and cakap, "Hello Kuya!" or "Hi Kim!" or "Assalamualaikum Zakiah...", dah boleh agak lah siapa yang call. So don't you think it's cool? I think it is.

Tapi sekarang I ada masalah bila budak burger depan rumah cakap..

"Eh awak duduk situ kan, kita jiran."

"Ha, ya :)"

"Nama apa?"

Loooooooong pause.

"Nama sendiri pun tak ingat?"

"Banyak sangat nama, tak tahu nak bagi yang mana satu (-_-")"

.................

Kaki ayam: Kena buat satu lagi nama ni, khas untuk mamat burger itu. Letak nama Nakbawanglebih okay tak?

10 May 2010

Tak Tahan Ketagih, Ishkk...

Dah lama tak dapat, meronta sangat dah jiwa ni. Kalau dah tak tahan sangat, kadang-kadang layan sorang dekat bilik, bilik air ke. Tapi tak puas sebab tak ada barang lengkap. Kadang-kadang nak lepas jugak dekat dapur tapi generasi babyboomers kata tak baik sebab nanti dapat suami berumur, eh tapi now kan trend, okay apa. Boleh nikah depan kaabah (-_-") Okay enough merepek.

"Kesetiaan menghalangiiii, ku bina ke lain hati. Dan tak ingin ku melukai..." Ececey ;p

Members on the floor, aku just nak luahkan siksanya sebab dah lama tak pergi karaoke. Last time pergi dekat Jitra, tak best sungguh tempatnya so that doesn't count! Now member ramai tak ada dekat Ipoh, tak ada clan nak pergi T_T. Marilah mengenang...

Zaman tak loreh lagi ni haha, muka tak pakai night cream lagi riang nyanyi Oh Manisnya Senyumanmu teehee

"Mother looking at me, tell me what do you seeee.. Yes, I've lost my mind hainnn. Daddy looking at me, will I ever be free? Have I crossed the line hainn...." Lagu bajet emo zaman muda :')

Karaoke dengan family siap ada kelas menari bersama Cikgu Linda lagi :')


Dengan kawan-kawan yang gila best, suara sedap! Terima kasih sebab sudi dengar suara aku yang nauzubillah ni ye bahahah

Next week turun Putrajaya bawak pergi karaoke ye. Dengar Alamanda ada kena rush, we'll go somewhere else pun tak apa. Tolonglah satisfy kan craving aku ni huhu.

Kaki ayam: Paling rasa nak keluar bilik bila ada nyanyi Zakia.. Zakia.. Adeh lah, tak sanggup dengar, dunno for what reason huhu.

09 May 2010

Iron Lady, Bukan Iron Man

Selamat Hari Ibu dekat mama saya yang tercomel macam Hafiz AF7, Che Yan Mat Shah. Terima kasih untuk segala susu, baju, duit, love, nasihat (dalam nada high pitch T_T), companion, support, segala-gala lah. Mana mampu nak list kan, gila banyak. Tu tak kira lagi bab pengorbanan dengan usaha memenuhi permintaan. So akhir kata, sayang mama lebih dari Amran sayang Azizah campur Dani sayang Maya (I know, perumpamaan tak sesuai -_-")


Paling penting, thanks for being one hell of a cool and sporting mother whom loves to nag teehee.

Kaki ayam: Personal Mother's Day wish juga kepada my sister, sister in-laws, friends who has become mothers and gonna become one, HAPPY MOM-DAY ladies!

07 May 2010

Of 'Kami Benci' and 'We Hate' on Facebook

Current trend di Facebook ialah membenci sesuatu. Selalu je nampak dalam Suggestion box tu hate this hate that, benci itu benci ini (okay same meaning huhu). I find it very funny lah benda tu semua, tapi yang kait dengan political views and figures tu I personally think that sometimes something is better left unsaid. Tak payah tambah kes cyber crimes doh. Btw, sedikit pemerhatian telah dibuat dan dirumus pasal tabiat benci-membenci ni.

ADA BENCI YANG BAGUS MACAM:

Saya BENCI Kepada Orang Yang Membuang Bayi, well siapa yang suka kan? Kecuali orang yang buang bayi itu sendiri hmm.

Kami BENCI Seks Luar Nikah, harap yang join tak ada unsur hipokrasi okay :')

I HATE Exams, haha eh tapi I tak join okay.

I HATE Justin Bieber, dia tak releven okay (lepas tu Shahir dengan Daus tu releven ke??)

DAN BENCI YANG TAK ADA FAEDAHNYA DOH!:

We HATE Fasha Sandha, dia pun dah tak famous, just let her be lah.

I HATE Reading, dah hate exam then hate reading pulak, mana nak dapat ilmu? Masa tengok classroom scenes dalam Glee ke?

1,000,000 peoples hate AKADEMI FANTASIA, nak buat group tapi grammar pun salah okay, should be people je. There is no such thing as PEOPLES (siapa yang kenal aku akan nampak unsur bias di sini bahaha)

Kami BENCI Dani Adamaya Sepenuh Jiwa!!!!!!! hehe emo doh. Congrats Dani, you worked it out well.

ADA JUGAK GROUP YANG MAKAN CILI TERASA PEDASNYA, BAGI SATU CONTOH JE YE (sebab soalan ini 3 markah je, tett!):


KAki ayam: Kami BENCI U.K (Unit Keselamatan) UUM pun ada, kesian diorang penat angkat tangan dekat pintu masuk uni tu tau hehe.

06 May 2010

Ke Pulau Pangkor Dengan Yang Tersayang!


Dua hari lepas balik cuti semester terus pergi family vacation ke Pulau Pangkor. Despite of claiming myself proud to be Perakians, gila lama sudah tak jejak kaki dekat Pangkor kot! Last time pergi I was still a cry baby, ingat lagi aku nangis pergi mengadu dekat mama sebab anak kawan dia cubit aku huhu. That time vacation dengan mama and her friends but it was long long time ago. So now after more that 10 years (ke almost 20 years kot?), ke Pangkor jugak teman akhirnya! :')

Sebelum naik feri ke island, getek dulu di Lumut Jetty teehee

Tiket feri RM10, pergi-balik, beli dekat Lumut. Sampai je terus check-in ke Rumah JPS (abang aku kerja JPS), jimat bajet di situ. As long as rumah itu fully air-conditined, sudah sesuai menjadi tempat lepak percutian bagi aku ;P

Malam itu jalan-jalan tengok gerai sepanjang Teluk Nipah, then ambil angin malam along the sea shore.

Untuk info mereka yang tak pernah sampai Pangkor, dekat sana tak banyak tempat nak berjalan atau lawatan sambil belajar gitu huhu. Kalau vacay ke sana, lebih pada relax-relax, enjoying the beach and scenery. So that was what I did, malam pergi beach, bangun pagi terus mandi beach, lepas mandi main monopoly, malam BBQ (the best part teehee), the next day mandi beach lagi! Overdose oh! Lagi tiga tahun pulak baru mandi laut lagi. Lepak dekat tepi laut Kuala Perlis tak termasuk okay, that's another case.

Macam mandi dekat private beach okay, tak faham kenapa tak ada orang lain mandi. Btw, siapa je nak datang lepak Pangkor kan, baik pergi Langkawi, Redang, Tioman, Sipadan, Bali, Hawaii (bagi yang boleh pakai bikini) etc.

Camwhoring sebelum mencemar duli ke our so-called private lagoon :')

My sissy and abang ipar yang sedang membina piramid (please scroll down untuk gambar yang lebih panas bahahaha)

Ini bukan poster promosi pantai bogel Tahiti okay heeeeee. Eh btw, see tak ada orang kan, heaven tak heaven?

Mama bising nak naik bot laju ni. Tapi this one untuk orang pergi snorkeling lah mama, tak kan mama nak pergi snorkel kot ishh.

Nephew and nieces having good time :)

Lepak sana 3 hari 2 malam but franking speaking, lama sangat lah nak lepak Pangkor sampai 3 hari sebab mati kutu tak tahu apa lagi nak di cekih dekat sana huhu. Rasa kalau pergi one-day trip pun dah cukup kot. Okay I have to admit benci bila kaki basah lekat pasir then pakai selipar, rambut keras kena air masin, kena gigit kutu air, paranoid dengan bendasing dalam air takut kalau kena raba dengan jellyfish huhu, not to mention kulit yang sedia tidak cerah kena sunburn pulak haihh. But for the sake of family tersayang (erks malu cakap macam itu, because family aku ganas-ganas, jarang luah sayang-sayang ni hehe) tak ada hal lah, small the pieces bak kata Adnan Sempit (-_-")

Ready to go home, damn tired oh masa ni.

Akhir kata, inilah kesimpulan yang kita dapat apabila bercuti ke pulau. Kita akan kusut masai, terbakar, rambut macam dawai ikat bunga telur, malas dah nak pakai apa-apa dekat muka sebab kulit damn pedih! Tapi HAPPY :')

Sekian, terima kasih kepada penaja utama, abang dan angah serta penaja bersama, anyah, abang Rafi dan mama. Sayang kome!

04 May 2010

Hotel Mania Caught Me

Every Tuesdays, 9:00PM on TV3

Promosi tak berbayar ini terpaksa dibuat kerana I nak inform pasal my new obsession bahahaha. Taklah obses mana but every night jugak lah I terkelik TV3 Online tu kan (-_-")

Anding was better in Ghost Season 2

Yang jauh lebih tua dan jauh lebih muda dari I memang give negative comments pasal so-called Musical Drama ni, simply because mereka tak boleh relate. Hotel Mania (bunyi macam computer game je teehee) menjadi sangat rajin ditontoni sebab I grew up listening to KRU songs. Tak kisahlah yang KRU sendiri nyanyi or artis yang lebih mi segera kembang dari budak AF such as Feminin, Elite, Indigo, X-Factor, Pretty Ugly, Trez, Juliana Banos and not forgetting yang baru-baru like Adam and Dafi.

Dafi is worth watching, natural lah you dengan t-shirt cartoons yang comel macam Amani Adamaya (nampak sangat cuti ni banyak tengok tv -_-")

Weh but seriously eventhough I popping eyeballs onto Anding, I kena puji itu Dafi lah, he can actually act woh, clapclap! And as for Adam, tolonglah bersihkan cat tumpah dekat kepala kau tu, disturbing sungguh tengok hairdo' kau. And Marsha, please mintak baju yang two size bigger, nampak macam Rosie Phua Chu Kang buat slimming wrap je seeing you wearing that kebaya emas.

Ketat ketat ketat, and the colour makes her look like she hasn't take her shower for ages eyew!

Kesimpulannya, kalau korang pun growing up listening to KRU, Hotel Mania is something you can relate to. I masih tunggu bila diorang nak guna lagu Balada Hati :')

Kaki ayam: Dah cuti ni tengok Hotel Mania online sorang-sorang lah Yaya and Wawa, rindu tunggu video loading sambil tengok movie lain dengan korang ;p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...