01 June 2011

Nikmat Makan Adalah Sangat Undeniable


Program Kurangkan-Makan-Kau-Bela-Hantu-Raya-Ke-Hape I punoh dengan suksesnya sebaik je jejak keluar dari Sintok. Sebabnya luar banyak makanan bagus-bagus, unlike Sintok wekwek, except Cafe Mak Ngah SME :) Okaylah, nuff said, korang jom ikut journey I mencekik selama seminggu di kawasan Putrajaya - Bangi - Cyberjaya. No harm babe, jom lah cuci mata tengok foods. Sinful foods. Muahahaha.

SS2 Murni, PJ

Lepas entah berapa lama I dengan good reputation pasal Murni, last-last merasa juga. Banyak yang impressive pasal Mamak-style kedai makan ni. Firstly, portion makanan dia sangat hantu raya, oh kakak suka sangat! Secondly, tukang ambik order dia sumpah genius tahap kalau ambik Law kat uni memang confirm lulus sebab datanglah 10 orang satu table sekali pun, dia tenang jeh ingat segala order korang tanpa tulis. Dengan tepat! Pastu menu sini bukan ordinary okeh. Roti Hawaii, Mi Raja, Air I Love You, pastu yang lain tak ingat dah sebab I bukan tukang ambik order dia. I rasa Murni deserves an entry of its own so nanti if I ever go there again, I akan buat 1 whole post on them sebab that place sumpah awesome! Yang pergi baru ni I sempat snap foto of my orders je. Malas sebab not so much in the mood masa tu (bajet je alasan kau).


 For drinks I ordered Ribena Longan, tibai ice dengan relaxnya. (RM5)


Chicken Napoleon sedap sedap sedap! Dalam big bread crumps wrap tu ada macam-macam such as sausage, eggs, chicken, mince beef. Ergh dosa makan! (RM12)

Next!

Kenny Roger's Roasters, Alamanda

 Pantang minum ais, so minum teh o, style apa, barulah makcik table sebelah respek tengok I hikhik (RM3)

Quarter Chicken with 3 side dishes and 1 Kenny’s home made muffin. I like the mashed potato it’s finer and softer then KFC's. (RM16.50)

The yunmmy Vannila and Banana muffins, included in the quarter meal set.

Next!

Tutti Frutti, Bandar Baru Bangi

Not much of a fan but I love the feeling of pressing out the yogurt and letak toppings yang comel-comel tu, cambezz! Bila timbang punya part, hazab gulpgulp.

Self-service yogurt counters.

Being me, not much of a candy girl, I suka yang basics and safe choice je. Choco and vanilla flavor, pastu top with cereals, choc rice, choc syrup, and strawberry slices, tu je. (RM12)

And being him, how old are you again? 5? Hehe. Dengan marshmellow, choc chips, smarties, siap request gummy bears lagi dekat budak counter tu since yang kat counter dah habis. Hehehehe. Pastu macam baru 5 minit je dah habis makan, giler champ! (RM16.80)

Next!

 Noodle Station, Alamanda

Lepas gi interview kat Celcom yang macam tak dapat je kerjanya tu, gi late lunch dekat tempat ni. No bad, but not so good also. Okay-okay jeh. Makan kat mamak kembar lagi layan.

Set Chicken Wings ape ntah, okay lah wings tu pass, fries pun pass sebab macam buat sendiri, besor-besor fries dia. (RM 13)

Spring Noodle with Drumstick. Okay jugak. Ayam tu lazat. (RM9)

Air Snow whatwhat ntah, tak sedap! Rasa ice cream soda plus masam-masam. Fuhh kerut kening! (RM7)

Next! Oh my current obsession! *Jerit genggam-genggam tangan*

Subway, The Mines

I went to Subway at Mines twice and Careffour, Puchong Utama once. And still can't get enough of it. Sumpah my taste sangat! Tolonglah bukak dekat Ipoh cepat, seriously serious.

Hearty Italian 6 inch chicken teriyaki (RM10.50)

Aumm menda ni hari-hari pun takpe ;)

And last but certainly not least, dari Sintok lagi dah plan nak pergi. Ke mana? Ke...

Teppanyaki, Mid Valley!!!!

I haven't ate at this place for a long long time. Everytime tersebut or at least terdengar je teppanyaki, memang tempat ni lah ada memori terindah. Giler, pasal makan memori terindah teruskan -_-".

Teppanyaki Beef, bean sprouts yang OHHMYGODDDD! Muka eksaited tunggu food macam nak tunggu Faizal Tahir datang okeh! (RM11)

Kaki ayam: Banyak je makan kat open air and tempat chill-chill macam kerang bakar lazat kat Bangi tu, tapi tak snap ler pulak huhu.

31 May 2011

Tiba-Tiba Kau


Mood blogging dan ber-legging memang ke gaung.

Eh, tapi tadi tiba-tiba aku kena sound, "Kenapa awak suka tanya dengan mukadimah 'Kenapa tiba-tiba'?".

'Kenapa tiba-tiba call?'

'Kenapa tiba-tiba mesej?'

'Kenapa tiba-tiba nak makan Pizza? Bukan awak suka KFC ke?'

'Kenapa tiba-tiba hulur duit?' (Okay yang ni jarang dapat, kalau dapat pun jarang tanya kenapa hikhik)

Isu nya mula bila dia tiba-tiba bagi simcard Celcom suruh pakai. So aku pun tanya, ' Kenapa tiba-tiba bagi simcard ni?'. Tapi kan aku ingat berapa tahun sudah dia ada cakap nanti dia akan bagi aku pakai line and the bills will be on him, finally hehehehehe.

Celcom's 1 + 3 plan supplementary postpaid

Kaki ayam: Teringin jugak nak tanya, 'Kenapa tiba-tiba awak bagi BB Bold 3 ni kat orang?'. Berangan kehkeh.




09 May 2011

Cuma Nak Cakap Sikit

Kalau kita suka atau sayangkan seseorang, jangan segan ucapkan sayang. Jangan biar lepas. Nanti menyesal tak sudah. Lagi pulak lelaki, korang memang tak suka dikongkong. Tapi selalu ingat perempuan tak suka dibiarkan sahaja. Walaupun diaorang tak cakap, perempuan ni sebenarnya lebih suka bila ada orang yang control dia. Mungkin rasa dilindungi. Rasa ada yang ambil berat. Ikatlah dengan satu ikatan, kekasih, tunang, isteri. Jangan pernah malu untuk beritahu dunia, gadis tu milik kamu. Kalau benar gadis tu ikhlas, dia pasti gembira bila kamu dengan bangga katakan dia milik kamu.

Tapi manis itu bukan milik aku.

12 April 2011

Mama, Tak Tahan Ma!

Kenapa mama jauh sangat, orang nak jumpa mama please, please ma. Please!



Tolong mama, rindu Mama sangat it hurts :'(

09 April 2011

Kenapa Sweet?


Salam.

Haliuuuu! (helo versi Stacy)

Esei takde mukadimah, terus start cerita.

"Mesti sweet kan kalau kita couple?"

Lempar pandangan ke tasik UUM yang berlalang. Kenapa pulak? Sebab you macam nak okay-okay and I macam tak cantek? Huhu. Ke sebab ...? Ahh. Monolog dan Atilia dalaman je, malas nak tanya. Or more to takut nak dengar jawapan.

Ikutkan nak jawab, memang sweet kalau you takde girlfriend pastu I takde boyfriend. Tapi kang sat lagi you pulak yang avoid eye-contact sambil tukar topik kan haha.

Walaupun orang kata selipar tak semenggah ke hape, tetap sayang. 

Okbai.

Esei takde penutup, terus habis cerita.

Kaki Ayam: Thanks for the lovely night, the person said. The person tak maksud lain, cuma born sweet I guess. Boyfriend pun tak pernah cakap macam tu. Shuhhh second-thought!

06 April 2011

Ignorance Hurts The Girlfrend Inside

Salam kamu,

Tengah-tangah banyak assignments ni memang sedap tulis entry baru kan? So di situasi itulah entri ini muncul. Ada satu soalan yang nak kamu jawab dalam hati (soalan untuk kamu-kamu yang ada kekasih yang a**h*** macam aku)

Pernah tak sampai satu masa tu boyfriend kamu ignore kamu gila-gila punya gila sampai dia kata...

"Awak jangan terkejut kalau saya tak contact awak 3 minggu. Jangan nak ngada-ngada mintak break, takde faedahnya semua tu. Ni prektis untuk awak jadi hati kental. Oh satu lagi, saya takkan menduakan awak dengan budak kampung saya, inshaAllah."

Aku punya kawan pernah. Ditakdirkan si boyfriend tu pun tiba-tiba eksiden. Nasib masa keluar dengan girlfriend tu tak pernah eksiden huhu. Sejurus selepas kejadian, terus boyfriend tu lupa janji 3 minggu tak nak contact. Terus dia contact dengan suara separa manja, separa menderita nak ngadu dia eksiden.

Girlfriend yang setiap malam nangis kena ignore ni teruslah cair, teruslah kesian, dan rasa risau yang amat. Rasa 5 minit sekali nak call tanya, "Awak macam mana sekarang?". Lagi 5 minit, "Sekarang pulak macam mana? Ada kurang?". Haihh, hati perempuan.

Girlfriend ini mengadu kebodohan sendiri dekat seorang kawan.

"Dia buat aku sedih like everyday semenjak dua menjak ni. Aku memang breakdown gila-gila. Tapi bila time aku boleh revenge balik dekat dia, hati hi haihh tak sampai pulak, bodoh kan? Baik kau cakap aku bodoh cepat!"

"Kau bodoh". Kawan dia jawab.

Kawan dia sambung, "Cuba kau fikir bila kau sakit kau cari siapa?"

"Mama. Lepas tu ayah."

"Sebab apa?"

"Erm..."

"Ahh lambat jawab, aku malas tunggu. Sebabnya bila kita sakit kita akan cari orang yang kita sayang."

Hikhik, senyum pulak girlfriend yang boyfriend-nya eksiden tu.

Kaki ayam: Boyfriend tak cedera parah, Alhamdulillah. Tapi merengek lebih.

05 April 2011

Gaot Tolong Jangan...


Salam sebulan sekali update belog,

Ehh masuk-masuk terus nak belog pasal noms noms ni. Mungkin anda kata saya tak ada modal. Mungkin juga anda betul. Saje je nak keluar dari norma sebenarnya. Mesti bosan kan asyik baca pasal Sam menang bintang popular tu (tahniah awak awwww.. haha).

Okay potong pendek. Korang duduk kolej? Hostel? Asrama? Atau dekat UUM kami panggil DPP (dewan penginapan pelajar). Anda duduk DPP? Dan teringin makan seafood? Atau rindukan kerang bakar Bangi mungkin? Salivating. Huhu.

Ahha! Saya ada penyelesaiannya! Dengan 2 langkah bapak mudah!

Langkah 1: Make sure kamu ada periuk nasi automatik.

Langkah 2: Okay, langkah 1 je yang crucial sebenarnya. Then pi keluar beli kerang 2 kilo. Serai sikit, asam keping sikit. Basuh semua dan rebus semua. Yayy!

Hasilnya! 2 periuk kerang rebus makan 3 orang huhu.

Omakk, takut kena gaut di usia tak jangkau 25 tahun. Lalu beli fresh vege untuk buat quick salad. Aku simply buh salad, carrot, tomato cherry, baby cucumber and mayo sikit.

Makanan sedapkan hati dan kurangkan rasa berdosa tibai kerang 2 kilo. Huhu bye.

Kaki ayam: Nyorok bawah selimut takut gaot datang jumpa ;p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...