Tengah-tangah banyak assignments ni memang sedap tulis entry baru kan? So di situasi itulah entri ini muncul. Ada satu soalan yang nak kamu jawab dalam hati (soalan untuk kamu-kamu yang ada kekasih yang a**h***
Pernah tak sampai satu masa tu boyfriend kamu ignore kamu gila-gila punya gila sampai dia kata...
"Awak jangan terkejut kalau saya tak contact awak 3 minggu. Jangan nak ngada-ngada mintak break, takde faedahnya semua tu. Ni prektis untuk awak jadi hati kental. Oh satu lagi, saya takkan menduakan awak dengan budak kampung saya, inshaAllah."
Aku punya kawan pernah. Ditakdirkan si boyfriend tu pun tiba-tiba eksiden. Nasib masa keluar dengan girlfriend tu tak pernah eksiden huhu. Sejurus selepas kejadian, terus boyfriend tu lupa janji 3 minggu tak nak contact. Terus dia contact dengan suara separa manja, separa menderita nak ngadu dia eksiden.
Girlfriend yang setiap malam nangis kena ignore ni teruslah cair, teruslah kesian, dan rasa risau yang amat. Rasa 5 minit sekali nak call tanya, "Awak macam mana sekarang?". Lagi 5 minit, "Sekarang pulak macam mana? Ada kurang?". Haihh, hati perempuan.
Girlfriend ini mengadu kebodohan sendiri dekat seorang kawan.
"Dia buat aku sedih like everyday semenjak dua menjak ni. Aku memang breakdown gila-gila. Tapi bila time aku boleh revenge balik dekat dia, hati hi haihh tak sampai pulak, bodoh kan? Baik kau cakap aku bodoh cepat!"
"Kau bodoh". Kawan dia jawab.
Kawan dia sambung, "Cuba kau fikir bila kau sakit kau cari siapa?"
"Mama. Lepas tu ayah."
"Sebab apa?"
"Erm..."
"Ahh lambat jawab, aku malas tunggu. Sebabnya bila kita sakit kita akan cari orang yang kita sayang."
Hikhik, senyum pulak girlfriend yang boyfriend-nya eksiden tu.
Kaki ayam: Boyfriend tak cedera parah, Alhamdulillah. Tapi merengek lebih.
1 comment:
inti pati bagus dah. tapi aku paling caught up part esaimen paling byk time tu la kita nk post new entry =,= so true.
Post a Comment