24 August 2010

Puasa Cara Saya


Salam 13 Ramadhonn (sebut biar dalam gitew, baru beriman) semua...

Seronoknya lah puasa sampai tak hingin nak update belog. Ate mana masanya, siang konon letih, malam pulak konon beribadah -_-" Tengah malam pulak konon banyak assignment, eh tapi memang banyak kot....

Tapi kini aku kembali bersemangat sebab in exactly one week aku akan pulang ke kampung untuk berhari raya! Minggu ni ada dua, tiga kuiz ringan yang kena buat. Okay okay lah, tak ada tahap sebak keluar dewan. Sebak tengok result mintak jauhkan, cukup-cukuplah tu -_-''

Dah dekat dua minggu puasa kan, rasanya belum sehari pun aku bersederhana. Hari-hari mesti tahap ular sawa melingkor! MAKA, untuk dua minggu terakhir puasa ni aku akan set a line untuk berbelanja.

Tak nak lagi habis RM 7 hingga RM 11 untuk berbuka, miskin aku, miskinnnnn. Mula esok kena spend equal or less then RM5 sahaja! Kalau tak, nanti balik raya minyak tak cukup sampai Ipoh, boleh sampai Bukit Merah je huhu. Sedih kot T_T 


Tengah lapar, apa pun sedap dekat mata myopia aku ni, haihh tabiat syaiton!

Tengah malam memang indah bila bertemankan sate :')

Ini adalah menu berbuka yang aku paling tak boleh blah huhu, tapi kalau awak dah insist, saya ikut jak.

Nanti balik Ipoh sungguh excited nak terap biskut raya! Aku suka sarang semut dengan coklet chip. Mama suka makmur dengan semperit acheh. Ayah pulak suka marah-marah bila orang mintak duit (eh?).

Kome suka kuih apa?

Kaki ayam: Anyah, nak resepi blueberry cheese tart! Ergh lazat!

2 comments:

Farihah Ahmad said...

aaaghhh ini lagi satu entry jahat cita sal makanan di cerah siang hari T___T sabar je la..

Zaqyah Razak said...

haha asyik stress tengok belog orang je. cuba farihah buat pulak bagi saye pulak stress :')

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...