27 August 2010

Terang Bulan Malam Ini, Bagaikan Bunga Berkembang ;)


Salam 17 ramadhan semua :)

Malam tadi balik dari kelas Mandarin dan settlekan satu, dua urusan dengan dear friends, pergi minum air ais sekejap; aku dapat satu rumour tapi bukan pasal skandal Raja Azmi dengan Roslin, tapi pasal bulan.

Balik kelas geng-geng fisabilillah aku bisik dekat telinga pasal fenomena dua bulan di langit yang akan dilihat pada malam ini pada jam 12.30 AM, 27 Ogos 2010, malam Nuzul Quran. Kisahnya, fenomena dR. Rozmey ni hanya jadi once in 260 years. Aku pun ter-recall satu email yang aku received last week or so yang cakap pasal benda ni.


Adakah dot dekat bawah tu marikh? Yang pasti bukan bintang sebab dia tak blinking.

After two hours of sky-staring.....


One moon, still. But one hell of a moon! Subhanallah, facinating!


Tak ada apa yang historical pun, tapi memang cantik. Lebih cantik dari Lisa Surihani, serius. Cahaya dia kalah spotlight silau nak mam Unit Keselamatan UUM dekat entrance campus tu.

Segala yang orang putih gembar-gemburkan tu tak sahih ah. After some googling and reading were done, sebenarnya kedudukan bulan dan marikh semalam adalah totally opposite and dipisahkan oleh matahari. Okay done with the fact :') Selamat malam...

Pada pungguk-pungguk yang rindukan sang bulan, malam ni dia bersinar-sinar lagi walaupun tak seterang semalam...Selamat mendongak!

Kaki ayam: Ke bulan terang ni tanda lailatul qadar tiba and pintu keampunan terbuka awal tahun ni? Hmm hehe.

25 August 2010

Orang Melayu Kan Suka Berkias

PERBUALAN TERSURAT

Saya: Awak, saya baru beli pants!

Awak: Seluar apa? (bahasa inggeris adalah pantang disebut, takut keluar bunyi Jerman)

Saya: Seluar pendek! Saya nak pakai seluar pendek macam awak boleh tak?

Awak: Boleh...

Saya: Betul?! Pakai shorts yang macam AWAK pakai bila keluar boleh eh??

Awak: Ha, boleh... Ikut awak lah... (long pause) Saya pulak keluar nanti nak pakai seluar ketat macam awak okay tak?

Saya: Okay faham T_T

* Seluar ketat tu maksud dia 'legging'


MAKSUD TERSIRAT: Cakap je lah tak boleh pakai, nak saiko-saiko orang puleks :'(


Kaki ayam: Saya tak boleh macam awak, awak pulak tak boleh macam saya :')

24 August 2010

Puasa Cara Saya


Salam 13 Ramadhonn (sebut biar dalam gitew, baru beriman) semua...

Seronoknya lah puasa sampai tak hingin nak update belog. Ate mana masanya, siang konon letih, malam pulak konon beribadah -_-" Tengah malam pulak konon banyak assignment, eh tapi memang banyak kot....

Tapi kini aku kembali bersemangat sebab in exactly one week aku akan pulang ke kampung untuk berhari raya! Minggu ni ada dua, tiga kuiz ringan yang kena buat. Okay okay lah, tak ada tahap sebak keluar dewan. Sebak tengok result mintak jauhkan, cukup-cukuplah tu -_-''

Dah dekat dua minggu puasa kan, rasanya belum sehari pun aku bersederhana. Hari-hari mesti tahap ular sawa melingkor! MAKA, untuk dua minggu terakhir puasa ni aku akan set a line untuk berbelanja.

Tak nak lagi habis RM 7 hingga RM 11 untuk berbuka, miskin aku, miskinnnnn. Mula esok kena spend equal or less then RM5 sahaja! Kalau tak, nanti balik raya minyak tak cukup sampai Ipoh, boleh sampai Bukit Merah je huhu. Sedih kot T_T 


Tengah lapar, apa pun sedap dekat mata myopia aku ni, haihh tabiat syaiton!

Tengah malam memang indah bila bertemankan sate :')

Ini adalah menu berbuka yang aku paling tak boleh blah huhu, tapi kalau awak dah insist, saya ikut jak.

Nanti balik Ipoh sungguh excited nak terap biskut raya! Aku suka sarang semut dengan coklet chip. Mama suka makmur dengan semperit acheh. Ayah pulak suka marah-marah bila orang mintak duit (eh?).

Kome suka kuih apa?

Kaki ayam: Anyah, nak resepi blueberry cheese tart! Ergh lazat!

23 August 2010

Tak Ada Apa

Tuan dia puasa, belog pun puasa... Sungguh alasan sangat.

Ceritanya begini, dah 12 hari cuba redakan sengkak perut ni tak hilang-hilang! bila aku makan dengan kawan-kawan, masing-masing claim ada hantu raya tumpang. Mentekedarah tak hengat!

Arghh kenyang. Walaupun jarang jumpa makanan yang sedap. Mama cakap tak baik memilih sangat....

Bye, nak pergi main badminton!

Doa pilihan bulan ini :')
allahumma laka sumtu wa bika amantu wa 'alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

11 August 2010

Sebelum Puasa Buat Apa?

Assalamualaikum (Islam rupanya -_-")

Bukan main lagi pecut balik Ipoh hari Isnin petang lepas kelas, nak bailk Ipoh sebelum puasa. Sebab? Erm sebab nak tawaf segala makanan terbaik sebelum puasa. Masuk-masuk Ipoh je terus drive through Burger King. Eh aku sorang je rasa ke apa ek yang Burger King tak se-layannn McD? Except for the Vanilla Coke.

Okay, that was yesterday. Hari ni bangun-bangun je terus booked mama for lunch sebelum dia busy dengan itu ini ini itu. Mahu kemana? Banana leaf, mama!


See jari batang serai ku yang rakus bahahah


Kari kambing terbaik!


Niece aku yang sama-sama geng, die-hard fan kambing :')

 
Tempat nasi daun pisang terbaik dekat Ipoh ada dekat Stadium Ipoh, depan Balai Bomba. Prices range from RM 5.50 - RM 8.00 per person. Tengok pada lauk ah. Pakejnya 1 lauk, 2-3 vege, rassem, papadom berapa banyak kau nak pun boleh, nasi pun tambah lah selagi tak sakit pinggang tahan sengkak. Air sejuk free fill. Tak kenyang, tambah. Dah kenyang, bayar, balik, tidur. Haha tu aku, buruk laku. Jangan ikut.

Kaki ayam: Dua hari tak online banyak dah update belog dengan tajuk entry yang tertarik-menarik ni. Tak tidur sampai sahurlah nampaknya nak berjalan belog :')

Sebelum tidur......
  نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى 

09 August 2010

My First Boyfriend

Hi norty shorty!

Hari ni I nak less talk, more action (in terms of driving balik Ipoh! Hurrahh!). Tiba-tiba rasa nak post pic masa I kanak-kanak pakai jam Boy London yang boleh tukar-tukar color ikut suhu ke cuaca apa ntah beli dekat Batu Feringghi.

Pic when I was five bersama my first ever platonic boy friend haha, he pun five.


Asyraf and me in yellow. Eh mama, kenapa dulu rambut depan saya macam Zaibo? -_-"

Actually, after zaman Tadika Kemas yang kami pergi sama-sama, I tak pernah jumpa dia dah ever since. Last time I heard ini budak baik (when he was budak lah) study dekat UTP. He should be graduated already by now, I guess. Entah lah.

Hope one day aku jumpa kau lagi, Asy.

Kaki ayam: Dulu gila independent umur lima dah duduk rumah alone, mama pergi kerja. Ayah pulak kerja dekat Taiping. Tapi now, nak pergi toilet alone dekat kolej pun takut, APAKAH??

06 August 2010

Bau Syurga


Kiss pipi kiri, kiss pipi kanan, kiss dahi, kiss dagu, kiss tangan kadang-kadang tapak kaki pun layan, kiss mulut dia yang bau milk tu!

Oh how I miss the smell of sinless creatures called BABIES!

Amzar Taqiff yang kacak, rindu aunty tak, your tilam Vono? Bahahah. Saya rindu bau awak lah, Tokep. *khekk khekk khakk khakk - gitu lah bunyi handsome boy ni sembang* Geram!


Bayi obesiti pembuli kitten ni lagi aku geram! 'Eee, bucuk lah Yca ni!' She replied, 'Yca bucuk kan?' Tahu tidak mengapa, tapi bucuk awak buat saya ketagih muahmuah!


Tapi datanglah beribu bayi comel secomel Mia Sara Nasuha a.k.a Amani Adamaya sekali pun, dua orang di bawah ni will always be my favorite babies!

They are...

Kiri my baby boomers, ibuku si ikan kaloi hehe, kanan ketot yang paling acu heart and rindu, Tia!

Ciyom lah bayi, anda akan terbau syurga! Oh hilang segala tok nenek stress...

Kaki ayam: Sayang, when will we be making our very own? Teehee ;p Balik Ipoh next week nak cari Tokep nak sniffsniff-muahmuah!

TOLONG JANGAN BUANG BABY, TOLONGLAH!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...