30 June 2010

Bila Hilang...


Sepanjang hari ini empati menyira diri aku. Nafas rasa berat seolah-olah udara sangat pekat. A, maaf aku tak dapat tolong kau apa-apa. Aku tahu kau lemah, aku tak nak buat-buat percaya kau kuat. Tapi kau kena tabah, ini masa kau guna segala iman kau.

Petang tadi aku datang pada kau. Kau sugul, jalan pun macam terapung. Layu. Air mata yang dah 5 bulan kau kerah akhirnya kering juga, sahabat. Aku sesak sendu tengok kau. Rasa macam nak peluk kau sebab luluh tengok kau lunyai macam gitu. Everthing will never be the same again but you’ll get use to it. Masa, silalah berlalu dengan laju demi menyembuh duka sahabatku.

Sabar. Redha. Tabahkan hati, berbahagialah dengan setiap pahala kau kumpul dari setiap titis air mandi yang kau siram padanya, setiap suap makan ke mulutnya, setiap teguk air, setiap minit kau teman disisinya, setiap senyum kau beri, setiap doa kau esakkan…

Relakan permergian ibumu bertemu Maha Pencipta. Tetapkan semangat, tetap tersenyum, dan cintailah orang-orang yang masih kau miliki, sahabatku.

Takziah buat Ain sekeluarga. AL-FATIHAH.

27 June 2010

Masih hidup

Dear diary, (bajet Britney)

Aku masih hidup dan bernafas. Cuma bagi diri sikit ruang untuk keep distance dengan teknologi (konon). Tak nak jadi penagih siber gitu sebab tanda-tanda gelisah tu dah ada, maka sebelum terjebak aku stop kejap. Anda juga mampu mengubahnya (??).

Last week result part 4 aku dah keluar. THE WORST RESULT EVER, hambik kau :'( Serius sedih, hampa, malu semalu-malunya dengan diri sendiri. Aku tak suka cukup makan. Aku suka makan besar, kau pun tahu kan. Sedihlah. Apa nak bangga dengan aku tak pernah repeat, faktap! Nak bangga dengan 'I straight A's student' memang sudah lama kiss goodbye. Nak bangga dengan aku tak pernah dapat C pun dah tak dapat sekarang, haihh anak siapa yang ngokngek sangat ni. Sorry ayah, I will make it up to you, PROMISE. :'((

Cyber Law jahat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

08 June 2010

Tik Tok On The Klok

Less bitchy version of my fave, Ke$ha's Tik Tok. Please enjoy it as much as I did :') She's friggin' talented as she manages to accapella-fy the song all by herself, okay!


Trying to get a little bit tipsy.... Hohow.

Kaki ayam: There's something about the girl in the clip which reminds me of my cherry pal, Effy. Miss her!

06 June 2010

Main Balas-Balas

Aku buat kau sedih, kau balas. Kau buat aku double sedih, pakej dengan amarah.

Aku nak kau jaga aku sama baik atau lebih baik dari bapak aku jaga aku. Kau boleh? Tapi laratkah aku jaga kau sama atau lebih hebat dari mak kau jaga kau? Aku tak suka fair and square lah kalau begini.

Kena ke main balas-balas? Sebagai manusia yang myopia, aku nak aku je betul haha ngok bukan? Ya, memang tapi kau pun sama :')

04 June 2010

Hot Tiket

Buka write message, taip "Ayah nak topup pls......". Send. Mesej di-riplai, "Hambik dekat kapla katil ayah, ada kad topup bentuk baju. Baca direction sebelum topup".



Jumpa, baca direction sambil rasa ketinggalan zaman kenapa aku tak pernah tahu ada reload kad sebegini bentuk.

Aku tekan *105*digit14angka#. Check kredit lepas tu, kenapa sama, 32sen? Try tekan *105blablabla sekali lagi. Tetap!

Memandangkan ayah aku polis anti-rasuah (bahahahah erks), aku repot dekat ayah. Kebetulan hobi ayah sekarang ialah call Maxis ngamuk-ngamuk, so memang cantik lah.

"Encik sila tekan *129# untuk semak baki".



Oh. Rupanya kad tu tak masuk kredit. Dia bagi 100 SMS + 50 minit call. Patutlah naik tenggelam butang *100# tu aku tekan nak check, tak masuk-masuk so-called kredit RM8 itu. Cheese!

Nasihat khidmat masyarakat aku kepada mereka yang pakai pelan Youth Club, baik tak payah beli topup bentuk baju ni sebab not worth it. Sebelum apa-apa tiba-tiba segala 100 SMS + 50 minit call habis. Kalau Youth Club punya pelan, RM10 tahan dekat seminggu kot.

Apa-apa pun aku tetap setia dengan kau, Maxis. Cuma tak gemar Hot Tiket ni. Hello, dah 9 tahun pakai nombor sama, aku pernah cuba dengan Celcom tapi aghh tak boleh. Okay dah.

Kaki ayam: Kenapa 'Hot Tiket'? Bukan ke sepatutnya 'Hot Ticket' atau 'Tiket Panas'. Spelling error atau stail?

02 June 2010

Perilaku Menguntit

Also known as stalking behavior. Stalking is translated as menguntit in Malay, see how awful it sounds? Just as awful as it gets.

Kau rasa kau FBS (Facebook Stalker) tak? FBS didefinisikan secara tidak formal oleh aku sebagai orang yang menghabiskan banyak masa di FB (kalau kau masih main Myspace, so di Myspace lah, atau Friendster, Tagged, Twitter, okay dapat poin aku kan, okay) dengan melihat profil orang lain. Godek dari satu kelik, kelik lagi, terus kelik dalam lagi dan dalam dan sampailah the screen shows “Afiq Hakim only shares some of his profile information with everyone. If you know Afiq, send him a message or add him as a friend.” Sedih (-_-“)

SEDIKIT CONTOH PERILAKU MENGUNTIT:

Browse selagi ada gambar, selagi ada photo album. Siap kelik link nama kawan yang di tag. Tambah kalau nampak yang posing macam isi dengan kuku kaki kakak ku. ‘Girl dia ke ni?’

Baca wall, wall-to-wall, status atas sampai bawah. Tak cukup tu, kelik ‘Older Posts’.

SEDIKIT TANDA KAU DIKUNTIT:

Dua hari selepas kau balik KL, kawan kau tanya, “Eh kau baru balik KL lepak dekat rumah Kay dan Ell kan?”. “Mana kau tahu?”. “Tora bagi tahu”. “Tora siapa?”. “Budak sekolah kau dulu, dia cakap kau lepak KL”. “Budak sekolah?”. “Ha dia cakap dia kenal kau, Kay dan Ell pun dia kenal”. Fikir punya dalam, baru ingat ada nama Tora Datang Lagi dalam FB. Sah kau, Kay dan Ell telah dikuntit.

Sembang dengan seseorang yang bercerita tentang seseorang. “Eh semalam dia berdangdut sampai 2:00AM lepas tu sempat pergi supper lagi. Dengan boyfriend baru tapi kalau kau tengok mesti kau kenal laki tu, Jay dia ex Zee. Bukan main gambar sentuh-sentuh bukan muhrim. Lipstick dia mak haihh, macam Seindah Biasa SimplySiti, pakai skirt gila short kaki tak sha.. rah rah rah ah ah la la..”. “Mana kau tahu?”. “Kau tak online FB ke??”. Gila stalker.

SEDIKIT KESAN MENGUNTIT:

Nampak macam kau tak ada life. Walaupun kau sebenarnya memang tak ada life macam aku, tapi, chill lah ;p

Nampak kau macam nak cari poin puji (baguslah kalau puji) atau kutuk orang.Tak sihat kutuk orang, tapi kalau among TSS sahaja okay tak? (-_-“) Lama-lama orang muak kot kau asyik cerita itu ini macam kau kawan orang tu, padahal hari-hari study page FB dia saja. Please, get a life.

SEDIKIT RENUNGAN UNTUK PENGUNTIT:

Aku pun stalk orang jugak kadang-kadang (ke selalu? teehee). Benda public kan, semua orang boleh access, tapi pada-pada dan diam-diam sudah. Nak kuntit, kuntit lah tapi tak perlu sampai orang yang dikuntit tahu kot.

Kuntit lah puas-puas sebelum application “Who viewed my profile” ada balik. Don’t get caught. Peace :’)

Kaki ayam kiri: Ni kupasan shallow, aku kan myopia. Tak nak kupas deep-deep sampai tahap orang stalk kau dekat rumah sebab dapat address dari FB and et cetera. Scary.

Kaki ayam kanan: Dari pengalaman sendiri stalking and friend of someone that has been stalked teehee.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...