30 April 2010

Cuti 2 Bulan


After tough fights with myself, juggling between these and that, my part 4's final exam is finally over. Sekarang sudah pun pulang ke kampung halaman, akan bercuti 2 bulan dan menghabiskan masa dengan menghabiskan duit ayah dan ibu. Ah what a sweet sweet life.

Lepas berlagak-lagak depan kawan-kawan yang belum habis exam, aku pun balik dengan sense of relief yang standard bila habis exam. Rasa macam satu pencapaian peribadi weh dapat survive another semester of bittersweet rises and falls. The best thing about being a student yang aku sayang nak tinggal ialah, selepas penat berjuang dapat cuti panjang haha. Semester depan is another chapter yang kau tak payah susah-susah nak risau sekarang.


Complimentary tools for examination weeks: Facebook, notes, Teh Tarik instant sponsored by Aen, drugs for sustainability, energy bar, buku yang penuh dengan highlights, et cetera.


Dear Allah, aku tak minta yang over-over, cukuplah Kau izinkan aku maintain result aku macam previous semester. Amin. Few non-profitable plans (in any way) await to be executed throughout this semester break. So yeah, looking forward.. :')

Kaki ayam: Has only been 2 days, already missing my new partner-in-crime ;p

28 April 2010

Infection Bodoh

On behalf of a friend of mine....

Aku ada kekasih, seorang lelaki yang sederhana dan comot tetapi aku sayang. Selain dia yang jauh, aku ada teman yang style, wangi dan periang. Teman aku baik dan sopan, aku suka. Aku pernah claim yang aku kekasih yang setia, I still am! Tapi... Kalau dibiar melarat, aku memang setia pada yang dua ah jawabnya (tiga termasuk Shahir AF8 -_-")

Aku tahu infection bodoh ini ada penawar. Bila aku balik hadap muka kekasih, okay lah nanti. So in the mean time..... I mess around, I am not messing about! teehee ;)

Aku bukan aku okay. Awww :')

Kaki ayam: It's NOT complicated

17 April 2010

Ku bukan aku (ini bukan entry emo)

Currently tengah layan lagu ni. Since aku tak tahu lagu baru apa yang berkumandang di corong radio sekarang, aku rasa ini lah lagu baru yang paling boleh pakai sekali. Terbaik terbaik. Maaflah aku tak up to date sangat dengan lagu baru ni sebab tempat monyet yang aku tumpang ni, dapat siaran radio Siam je, so.... Hmm.

Eh please enjoy this song ya. Eh kalau nak enjoy kena download lah ya, sebab tak pandai lah nak attach lagu (-_-"). Plus tak rugi pun 5 minit download, worth every second, eceh :')

By Tilu, titled Ku Bukan Aku.

Lama sungguh hari berlalu
Hening malam menyiksaku
Bila bersendirian sepi jadi pilu
Kau pergi aku yang hilang
Sedikit pun hidup tak senang
Langit cerah ku renung mendung kelabu

Kerana diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Fikiran tak keruan
Jiwa rasa kekosongan
Diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Pulangkan dia ke pangkuanku

Yang digemar menjadi bosan
Sukarnya cari ketenteraman
Bila hati bersedih semuanya tak betul
Ku cuba setabah hati melupakan
Dirimu dari ingatan
Tapi semakin dicuba semakin rindu

Kaki ayam: Aku baru tahu yang Tilu ni band okay. Aku ingat perempuan jawa mana yang bernama Siti Nur Tilu.

13 April 2010

Motivasi terbaik

Starting from April 16th ini aku punya final exam mula. Maka sebelum tempuh itu, aku nak restu dari insan yang termuah. Maka (sekali lagi) balik ke Perak le teman, ah seronok :')



Baru je sampai Ipoh, dah kena paksa main 'bored' game. Nasib ah acu korang ni baik, penyayang, penyabar, periang. Okay boooo.

Monopoly sekarang dah hitech doh, tak pakai duit warna-warni lagi. Pakai credit card okay. Eloklah tu mengajar budak kecik utilize credit card kan. Not good. Not good.

My two most favorite girls. Aww mama girl ke? (-_-") Mama ironlady lah.

Ironlady tak suka piza, bergetah-getah katanya. Tapi sorry mom, majority wins, minority pays teehee.

Mama kata makan puas-puas sebelum balik hutan


Main-main, makan-makan sikit cukup dah buat aku lapang dada. InsyaAllah boleh buat exam dengan ayu hujung minggu ni. Doakan aku dan aku doakan semua yang finals jugak okay!

Home is the best treatment. ALWAYS.

Kaki ayam: Tapi kalau dapat buat revision check-in hotel dekat Penang macam Mel pun best tu, with the overheated wheather sekarang, feels like impossible to do anything other than mandi!

01 April 2010

Fail habis aku ni

Aghh aku ni memang fail lah. Konon-konon nak main April Fools tapi semua orang macam alert gila, buat derk je dekat tricks aku. Aku pulak yang end up feeling like a fool haha.

Aku mulakan fool aku dekat Dr. R. Aku cakap slides presentation aku tak siap sebab sibuk buat assignment lain. Dia boleh tanya "April Fools?". Aku pun angguk ah, segan dah aku di situ. Aku punyalah harap dia marah aku heeee. First time ni harap lecturere marah.

Main dekat mama pun tak jadi, dengan kawan-kawan lagilah hampas belaka. Bukan kawan yang hampas woh! Trick aku yang hampas. Akhirnya aku buat kesimpulan yang aku ni memang muka penipu kot, maka susah orang nak percaya :'(

Dan pengajaran untuk hari ini, janganlah cakap apa-apa yang jujur sebab orang akan anggap itu pun April Fools. Ah cepatlah 2haribulan.

Aku nak balik Ipoh hari ini. Ini bukan April Fools, ayah. Sila bank in duit minyak. SAYANG AYAH :')

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...