12 April 2011

Mama, Tak Tahan Ma!

Kenapa mama jauh sangat, orang nak jumpa mama please, please ma. Please!



Tolong mama, rindu Mama sangat it hurts :'(

09 April 2011

Kenapa Sweet?


Salam.

Haliuuuu! (helo versi Stacy)

Esei takde mukadimah, terus start cerita.

"Mesti sweet kan kalau kita couple?"

Lempar pandangan ke tasik UUM yang berlalang. Kenapa pulak? Sebab you macam nak okay-okay and I macam tak cantek? Huhu. Ke sebab ...? Ahh. Monolog dan Atilia dalaman je, malas nak tanya. Or more to takut nak dengar jawapan.

Ikutkan nak jawab, memang sweet kalau you takde girlfriend pastu I takde boyfriend. Tapi kang sat lagi you pulak yang avoid eye-contact sambil tukar topik kan haha.

Walaupun orang kata selipar tak semenggah ke hape, tetap sayang. 

Okbai.

Esei takde penutup, terus habis cerita.

Kaki Ayam: Thanks for the lovely night, the person said. The person tak maksud lain, cuma born sweet I guess. Boyfriend pun tak pernah cakap macam tu. Shuhhh second-thought!

06 April 2011

Ignorance Hurts The Girlfrend Inside

Salam kamu,

Tengah-tangah banyak assignments ni memang sedap tulis entry baru kan? So di situasi itulah entri ini muncul. Ada satu soalan yang nak kamu jawab dalam hati (soalan untuk kamu-kamu yang ada kekasih yang a**h*** macam aku)

Pernah tak sampai satu masa tu boyfriend kamu ignore kamu gila-gila punya gila sampai dia kata...

"Awak jangan terkejut kalau saya tak contact awak 3 minggu. Jangan nak ngada-ngada mintak break, takde faedahnya semua tu. Ni prektis untuk awak jadi hati kental. Oh satu lagi, saya takkan menduakan awak dengan budak kampung saya, inshaAllah."

Aku punya kawan pernah. Ditakdirkan si boyfriend tu pun tiba-tiba eksiden. Nasib masa keluar dengan girlfriend tu tak pernah eksiden huhu. Sejurus selepas kejadian, terus boyfriend tu lupa janji 3 minggu tak nak contact. Terus dia contact dengan suara separa manja, separa menderita nak ngadu dia eksiden.

Girlfriend yang setiap malam nangis kena ignore ni teruslah cair, teruslah kesian, dan rasa risau yang amat. Rasa 5 minit sekali nak call tanya, "Awak macam mana sekarang?". Lagi 5 minit, "Sekarang pulak macam mana? Ada kurang?". Haihh, hati perempuan.

Girlfriend ini mengadu kebodohan sendiri dekat seorang kawan.

"Dia buat aku sedih like everyday semenjak dua menjak ni. Aku memang breakdown gila-gila. Tapi bila time aku boleh revenge balik dekat dia, hati hi haihh tak sampai pulak, bodoh kan? Baik kau cakap aku bodoh cepat!"

"Kau bodoh". Kawan dia jawab.

Kawan dia sambung, "Cuba kau fikir bila kau sakit kau cari siapa?"

"Mama. Lepas tu ayah."

"Sebab apa?"

"Erm..."

"Ahh lambat jawab, aku malas tunggu. Sebabnya bila kita sakit kita akan cari orang yang kita sayang."

Hikhik, senyum pulak girlfriend yang boyfriend-nya eksiden tu.

Kaki ayam: Boyfriend tak cedera parah, Alhamdulillah. Tapi merengek lebih.

05 April 2011

Gaot Tolong Jangan...


Salam sebulan sekali update belog,

Ehh masuk-masuk terus nak belog pasal noms noms ni. Mungkin anda kata saya tak ada modal. Mungkin juga anda betul. Saje je nak keluar dari norma sebenarnya. Mesti bosan kan asyik baca pasal Sam menang bintang popular tu (tahniah awak awwww.. haha).

Okay potong pendek. Korang duduk kolej? Hostel? Asrama? Atau dekat UUM kami panggil DPP (dewan penginapan pelajar). Anda duduk DPP? Dan teringin makan seafood? Atau rindukan kerang bakar Bangi mungkin? Salivating. Huhu.

Ahha! Saya ada penyelesaiannya! Dengan 2 langkah bapak mudah!

Langkah 1: Make sure kamu ada periuk nasi automatik.

Langkah 2: Okay, langkah 1 je yang crucial sebenarnya. Then pi keluar beli kerang 2 kilo. Serai sikit, asam keping sikit. Basuh semua dan rebus semua. Yayy!

Hasilnya! 2 periuk kerang rebus makan 3 orang huhu.

Omakk, takut kena gaut di usia tak jangkau 25 tahun. Lalu beli fresh vege untuk buat quick salad. Aku simply buh salad, carrot, tomato cherry, baby cucumber and mayo sikit.

Makanan sedapkan hati dan kurangkan rasa berdosa tibai kerang 2 kilo. Huhu bye.

Kaki ayam: Nyorok bawah selimut takut gaot datang jumpa ;p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...