23 November 2010

Once Every 6 Months You Come And See Me

Oh final exams...

 

Uni lain semua dah cuti, aku and the rest unimates just stated our finals. Banjir punya hal dekat Kedah, so no one's to blame. Anyways, good luck lah pada diri sendiri. Carrymarks 2, 3 subjects aku tengok memang boleh buat modal gantung diri.

Okay bye nak baca wall buku.

15 November 2010

Ailurophobia No More

Mama paling pantang bila rumah dia serabut (minus my room, mind you). Everyhing has to be in place! Macam kalau ada orang usik katil dia or bilik guest, dia confirm tau even kau dah try sedaya upaya tarik tegang-tegang bedspread tinggal tak iron je. Mama anti sepah-sepah and kotor-kotor. Patutlah mama macam anti aku -.-".

So, dengan itu aku memang tak pernah bela kucing or any kind of pets (minus goldfish, tu pun sebab ayah punya mind you -.-") So, benda tu buat aku sangat fobia dengan haiwan okeh. Especially yang berbulu-bulu dan menyondol-nyondol. Ergh, tak rela! Dulu kalau terkena sikit dekat kaki confirm rasa nak mandi on the spot as it feels like all the bulus still ada dekat kaki huhu.

Tapi kan! Now aku tak 'ailurophobia' (fear of cats) lagi! Hehehehehe.Happy tau sebab I always found 'em to be extremely cute. Tapi how cute they are, aku tak sampai tangan nak pegang. Menatang tu baru catwalk dua tiga langkah nak datang dekat aku, aku dah lari pecut dulu sambil lompat kijang, huhu ngok je.

Macam mana aku dah tak fobia?

Sebab Cayenne or nama manja Sheyyen! Kitten hidung penyet paling adorable di dunia!

Aku kena force to babysit Sheyyen dulu one time, nak tak nak... Lagi pun Yen comel sangat, hati wa manyak cayor!

And then came...

Chester Bester Dexter aka Mat Bulu!

Yang putih bulu tebal macam carpet ni kucing Abang aku. Ni lagi satu bapak cute! Okeh, kesimpulannya tak takut nucen (kucing) dah.

Kaki Ayam: Tapi tak suka bulu nucen lekat kat baju!

10 November 2010

Asmara Yang Itu, Bukan Asmara Ini


Orang sibuk pasal Asmara Ini yang tipu kata dia pandai sampai dapat Dokter. Weh, mak aku pun bangga-bangga kan kau cakap Datuk Penyanyi Popular tu kurang cerodik sebab tak pilih kau. Sedangkan... Haihh. Eh tapi confirm ke? Kalau tak kesian je kau kena keji kan. Okeh, bukan asmara itu pokus aku.

Bukan juga Asmaradana yang kemban-kemban tu. Eh gila apa kan untuk new season theater tu hari tu pakai Azura sitammanis tu jadi PGL, so urban gitew. Okeh, asmara hat ni pun bukan pokus aku.

Asmara yang aku sibuk nak bagitau jugak kome (even dah ketinggalan, nak jugak bagitau, nak jugak-jugak) ialah Asmara itewww...


I bukan cair sebab dia hensem okeh, no no no teehee.

Watak and storyline yang macam best. Feeling-feeling novel pulak tengok cerita ni :') Mula-mula gaduh macam 'kalau tinggal seorang je laki dalam dunia ni pun aku tetap taknak dekat kau' tapi last-last cliche tapi sweet kaedahnya bahahah.

Eh jom join aku marathon dekat tonton! Duduk kolej mana nak tengok tv, ni balik rumah sambil khatam buku-buka Mandarin, aku cuba khatamkan sekali cerita ni :')

Tapi kan search punya search pic si Asmara ni, tiba-tiba jumpa pic yang turn off gila kat facebook dia. Tengok meh!

So ghey, don't you think? Gulp..

09 November 2010

Ai shai!

Aku maluuuuuuuuuk sekali! :P

Maluuuuk ah, bile orang yang kenal aku baca belog ni haha. Kalau baca kan, kome buat-buat diam je eh, jangan review, or tanya-tanya, or drop-drop I okeh :D

*pipi merah sebenarnya tapi kau tak nampak sebab aku sawo matang*

Jari batang serai saya ;)

Could You Be More Romantic?

When she was younger, she used to be in relationships with sweet talkers. Perlu ke speaking kak? Boyfriend yang everyday cakap I love you, I miss you, ada tu kawan tak sampai sebulan dah 'sanggup mati untuk you'. Buat betul-betul tengok. Time tu budak-budak lagi, maafkan je lah. She was an attention seeker, herself. So padanlah.

Then as years go by, she met this guy by fate. Cewah. He was neither a Brad Pitt nor Fasha's Jejai. Dia lelaki melayu yang tipikal sangat. Mula-mula ada lah gedik-gedik bajet cute couple konon, panggil Hubby Sayang Ayang Abang and what not. BLUERGHH. Then bila dah makan tahun, that guy has turned into a typical malay husband material.

Examples of typical malay husband? Not romantic, ego, pretend to be insensible, buat-buat tak dengar, selfish in some way, okeh tu je yang perasan so far. Oh satu lagi kalau nak beli mineral water or jajan dekat petrol station kau la kena turun kan, janganlah harap laki nak sweet-sweet pilih nak beli Pringles atau Mr. Potato, Twister atau Pulpy. Dan dia adalah semua di atas huhu. Meh nak bagi satu contoh ego.

Situasinya, budak-budak ni dah sebulan tak jumpa as the girl study 300++km away and he works in their hometown. The girl balik and busy dengan hal family. Guy tu very ego okeh, tak nak ajak jumpa takut kena reject ke hape. He texted:

He: Nak tengok jari saya? (luka teruk tersepit dalam enjin)
She: Nak.
He: Datang sini jap. (as she was outside beli satay)
She: Semata-mata nak tengok jari je? MMS pun boleh.
He: Nak tengok awak...
She: Ingat tak nak jumpa orang dah.
He: Siapa cakap hah??
She: Sebab awak tu yang tak cakap nak jumpa.
He: Huhu datang lah jap.

Tapi apa yang buat she still sayang (and semakin sayang kot awwww) jugak pasal kriteria tu. The guy tak buat that girl terawang-awang dengan ayat-ayat power and makes her lived in wonderland. He teaches her reality. Such as kerja penting untuk hidup, bukan main mesej 24/7. And cakap ailebiu once in a while lagi bapak meaningful and buat that girl blushing than dengar hari-hari sampai jadi tak special je dah love kau tu.

Kaki ayam: Akibat muda-muda dah mingle dengan orang lagi tua :')

08 November 2010

Ipoh - Teluk Intan


Khamis lepas (Nov 4th) balik Ipoh from Sintok in the craziest car ride adventure ever, kalau ada masa nak jugak share dengan kome. Tengok lah nanti.

Esoknya terus datang Teluk Intan from Ipoh, visiting my Abang yang comel dan kuat tidur tu :) Pejam celik pejam celik, dah 3 minggu Abang coma. Abang tak nak pejam celik macam kami ke? Cepatlah sedar, abang. Kami semua menunggu ni, sian Angah, sian Faiz. Tapi kita tau Abang kita kuat and one hell of a fighter!

So sepanjang cuti tak sengaja sebab banjir dekat Kedah ni, balik Ipoh and akan ulang alik Ipoh ke Teluk Intan selang beberapa hari. That's the least thing aku boleh buat untuk Mama, aku tak ada sian dia susah nak ulang alik.

Ahad lepas balik Ipoh from Teluk Intan, esok nak pergi balik geletek kat Abang dekat sana. Abang tungguuuuuu ;)

So What?

Banyak nak cerita tapi tak ada masa, like seriously. Lagi pun tengah tak seronok lah sekarang ni, semua macam tak kena je. Abang still pose cantik ala 'sleeping beauty' dalam ICU, study pun ada paper yang ala kadar je carrymark, mampus lah aku :'(

Dua bulan lepas aku ada pasang cita-cita nak jadi blogger tegar, sekarang memang fail gila babablacksheep ni huhu. Alang-alang dah lama tak in belog, postpone lagi sampai habis final exam boleh?

See, memang tengah serabai, dah la serabai, juling pulak tu! Ah sudah..

Kaki ayam: Will be back sooooon..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...