15 October 2010

Ya Tuhan, Beri Famili Aku Kekuatan...

Ya Tuhan,

Aku betul-betul down. Sepanjang semester ni, seminggu dua ni memang minggu yang paling sibuk. Assignment POM, presentation mandarin, KLK ko-kay, practise caklempong untuk convo, in-class quiz, mid-sem International Marketing, study case Industrial Marketing. Semua aku kena hadap minggu ni. Tak cukup semua tu, pagi tadi mama call..

Mama bagitau abang sakit. Abang aku koma. Otak abang masuk kuman. Ya Allah.. Kenapa abang aku? Sedih sebab Yeop pergi tinggalkan kami satu famili selamanya dua tahun lepas pun masih terasa sangat. Sekarang, Kau bagi dugaan dekat abang pulak. Kesian dia tanggung sakit ya Allah, kesian mama aku sedih...... :'(

Memang famili aku paling penting, pasti! Tapi entahlah.. Mama cakap selesaikan kerja dekat sini dulu, yang aku rasa tak sudah-sudah.

Apa pertaruhan aku sekarang? Aku buntu! Nak tinggal semua kerja and balik ke... Sumpah tak tau! Hati aku dah lama balik, tapi jasad aku still ada tanggungjawab dekat sini. Abang, bertahan :'( Orang akan balik secepat mungkin...

09 October 2010

Akibat Banyak Baca Belog Gosip

Selamat semua...

Aku kalau isu-isu politik ni memang gayat nak main. Maklumlah orang staightforward tak pandai baca cerita putar belit. Jadinya baik je aku baca gosip retis Mesia ni. Korang jarang baca gosip kan? Meh aku bagi gosip sedas dua buat tambah pengetahuan am :')

Isu 1: Aidil + Rita = Airit


Apa yang berlaku sekarang sangat tipikal. Pertama, kahwin dekat Siam sebab keluarga laki tak bagi kahwin (tak bagi mesti ada sebab). Jurang umur sampai sepuluh tahun sebenarnya tak adil jadi isu. Tapi kematangan tu persoalannya. Sebabnya dulu keluarga tak bagi sebab tau lu tak boleh nak handle kot. Main bola pun tak betul-betul ada hati nak jadi laki artis (kaitan? entah, lantaklah). Persoalan kedua, yang dulu membara-baru tu cinta atau nafsu? Lagipun kalau dah tak ada restu gitu lah. Mintak simpang lah haihh -_-"

Isu 2: Cikgu Shida - A Bad Apple

Ada yang cakap, kalau betul lah cikgu yang duk miming lagu Stacy, Wali Band segala dekat Youtube tu betul cikgu, dia meng-downgraded-kan standard cikgu-cikgu ni. Kau rasa? Aku rasa, pendapat tu terlalu shallow, sempit. Aku percaya learning and teaching should be inclusive and enjoyable. And Cikgu Shida (if she really is a teacher) can provide that quality in class. Kenapa kita suka lihat the back bad side of everything ya? Be positive. Streotype sangat kalau kita fikir, cikgu kena garang baru budak hormat. Tak. The truth is budak-budak takut. As for Cikgu Shida, asalkan boleh balance fun and teaching, go ahead. You rock!

Isu 3: Padan? Tak padan?

Mereka ini couple? You've got to be kidding me hahaha. Memang cool lah. Memang fashion sangat relationship diorang ni, sebab fashion sekarang kan matching the unmatched :') Bagai snickers pakai dengan baju kurung lah diorang ni. Wierdly awesome bahahahah..

Watie dengan Poey. Siapa Poey? Google lah (kalau ada). Haha.


Ni paling feveret couple kot, Sarah dengan Shuib. Aik Sarah, apa cerita ni? Teehee. Aku suka kot Shuib ni sebab selalu kena buli dengan lagi dua Sepah tu bahahah. Eh kata nak kahwin 01012011. Sila sila :')

08 October 2010

Aku Dah Tak Pandai Menulis


Salam hari lebaran yang terakhir 2010...

Aku ni kejap bagi salam, kejap tak. Sila abaikan okeh. Kalau aku bagi salam, jawab. Kalau tak, korang bagi salam dekat aku ye :')

Sebagai Facebook Generation ni kan, memang aku kurang menulis. Maksud aku LITERALLY menulis, using pen and papers. Jadinya, aku pelik kerut-kerut dahi bila lecturer aku mintak buat assignment in hand-writing form. What? Aku sungguh oh-mak-kau terkejut. Yelah, dah berapa tahun pulak kot buat assignments guna komputer, bebel dekat belog pun dengan menaip. Bila masa pulak aku menulis dengan banyak selain dari main passing-passing surat dalam lectures kan. Huish.. Nak tak nak...

Dua page je, tapi ketar tangan kot hehe.

Tangan jadi lenguh sebab aku menyalin. Aku taip, setting ayat cantik-cantik dulu dalam Words. Then only aku salin balik dalam test pad. Fuh, pencapaian peribadi sangat :')

Kaki ayam: I heart your signature phrase, Mr. Shahrin! Which is, 'Jahat kan I?'

05 October 2010

Rumah Ketiga

Rumah pertama aku dekat Pekan Razaki, Ipoh. Rumah kedua pulak Student's Residential Hall Bank Rakyat, UUM. Selalunya rumah ketiga aku akan jadi antara kopitiam-kopitiam, rumah Chap dekat Persint 5, Putrajaya atau pusat-pusat karaoke keluarga yang ada lagu Kembali Intan Sarafina -_-".

Tapi sejak kebelakangan ni, rumah-rumah ketiga tu dah jarang aku jejak. Aku ada rumah ketiga yang baru. Tempat aku mengadu nasibdiri sekarang. Ye lah, famili dengan teman-teman rapat jauh, orang-orang dekat rumah ketiga ni yang rajin 'care' pasal aku. Eceh...


Pusat Kesihatan UUM (PKU) yang banyak supply gua drugs kebelakangan ni. Dokter Mahyuddin, thanks bro -_-"

Aku kan dah demam-kebah-demam tiga minggu. Nak pergi klinik luar, kondisi kewangan tak mengizinkan. Tu yang dok ulang-alik ke PKU ni. Aku takutlah ada penyakit kronik ke hape kan. Aku masih muda huhu T_T. Tadi kali keempat aku pergi, mintak ubat yang paling kuat yang diorang boleh bagi. Alhamdulillah baru satu dose, peluh-peluh dahi aku, positif ni, POSITIF. :')

Minggu depan aku nak suruh rumah ketiga aku ni cuci karies gigi aku ni. Semester lepas dentist tu tak nak buat sebab gusi aku berdarah, tapi dua tiga hari ni tak darah pulak. Maka baik aku cepat sementara gusi masih sihat!

02 October 2010

Jatidiri Kena Tinggi

Semalam duk sedap sembang-sembang dengan member dengan pace yang perlahan (tonsil datang balik, telan saliva macam telan batu api neraka), gelak-gelak sikit, sambil golek. Then secara inpromptu aku pesan dekat member aku...

Jangan jadikan aku tauladan, jadikan aku ni sempadan

Kome jangan jadi macam aku. Sebab aku tau aku tak cukup baik lah aku cakap gini. Don't take it the wrong way. Sekepala bukan bermakna kita kena pakai pakaian yang sama, bersembang lenggok bahasa yang sama, atau bergurau cara yang sama. Sebab... Akar kita berbeza. Let's love each other just the way we are :')

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...