28 February 2010

Main masak-masak di kolej


Maaflah selang 1 post mesti ada pasal makan. Ate! itu aktiviti utama (-_-") Hari ini main masak-masak dengan kawan-kawan. Masak benda-benda yang kalau ibu-ibu dengar memang pandang rendah habis kat kami ini T_T. Tapi tak apa, at least we gave our shot! Masak simple habis ni, dah buat list makanan simple (antaranya ikan bilis goreng, telur goreng, telur dadar, pucuk ubi rebus, megi) dan di bawah inilah antara makanan simple yang memenangi hati kami.

Cif chef and five hot, funny and loud kitchen helpers


Very the vegetarian plus sardin hehehehe, entry yang mengaibkan pula rasanya


Menu satu: Tomyam sayur mayur satu periuk terak!


Menu dua: Sardin cap ayam dua tin


Menu tiga: Telur masin


Tips! (tiba-tiba) untuk yang naif tentang telur masin macam I, nak tahu tak yang telur kuningnya sangat kuning adalah lebih masin dari yang telur kuningnya pucat-pucat. Tips ni pakai dekat kedai nasi kandar okay, bukan ketika beli telur masin mentah.


Yonna yang sungguh gembira berparti buih Exion teehee.


Weh bukan dua orang je yang makan okay, tapi berenam. Tapi yang lagi berempat tak sesuai untuk tontonan umum, harap maklum :')

Selesai lalu tidur kekenyangan. Eh I tak, I update belog (tapi huruf dalam ni semua dah nampak double je).

Kaki ayam: Temanya masak untuk seronok-seronok bukan untuk jimat sebab kira-kira kosnya sama macam makan MyFC.

27 February 2010

Konon trend, hikhik :')



Aku pergi kuliah (rasa macam bercinta dengan Farami je heh) pakai kasut atas. Aku tipu kawan-kawan kata ini trend sekarang, teehee. Mereka iya kan saja. Rasa macam seronok pula tengok shuben Fillanie pakai tali sebelah lain, sebelah lain, aku pun plagiat la, boleh ya? Lepas ni boleh pula try pakai crocs sebelah lain, sebelah lain macam adik Acih. Tapi kena beli crocs yang sama 2 pasang whoaa, cancel plan :'(


Kaki ayam: Sila abaikan kasut berjenama murah itu, aku bawah skim pelajar miskin (-_-")

Lepaskan tekanan pada angin laut


Lepas penat membeli beras di Changlun, kami pergi makan di Kuala Perlis. Lubuk seafood terbaik! So apa motif beli beras tadi kalau makan di luar? Entah, bukan beras aku pun.


Boleh pilih seafood mentah sendiri. Kami pilih ikan, sotong, udang.


Ikan bakar cicah dengan...


Air asam & sambal belacan macam buat dekat rumah. Mintak pula petai whoaa, apa nak kata kan, menetes air liur.


Tom yam kung, ambil udang besar, seekor seorang, cukuplah. Nak makan banyak-banyak sila ajak mak pak ya.

Sotong goreng tepung


Berbaloi

Bila kenyang suda, cari port lepak ambil angin malam sambil-sambil juga hidu asap rokok orang lain yang turut ambil angin malam. Rindu zaman lepak Lumut bersama rakan kolej di Seri Iskandar weh!

Suka lepak tepi laut sambil gelak sampai orang sekeliling annoying. Hilang sekejap risau hal itu ini :')

Muka kilat sebab flash bukan sebab bedak padat murah

Yaya dengan Yonna


Perempuan sukakan keamanan, peace!

Shuqi, Wawa, :), Yaya, Yonna



Kalau diri tegak pun muat juga masuk kamera doh, buat letih tonggek-tonggek




Gambar penutup bagi yang meluat sikit lah...


Depan Aipel Tawer, Koler Parlis

Kaki ayam: Segar!

25 February 2010

Kenalkan Sugar Daddy I...

Ayah I cool, cold pun ye jugak. Dia bukan jenis cakap, "Anak ayah yang paling gorjes, ayah ♥s you...." But I know he does teehee.

Sebab? Simply because I cute, hot (self-sacartism), bijak pandai, suka berdebat (parents called it melawan), dan suka buat dia rasa penting (by never-ending ayah-nak-duit)

Okay, lets get serious. Actually, I know I frequently let him down. I was never the best student, the best granddaugter to his mother, a good Muslim, and the best story to be told to his friends. BUT he still loves me, thanks to the genetic chromosomes wuwuwu :'(

Apa yang I mintak tak dapat? Okay, ayat tampar pipi sendiri ni. Semua dapat, antara cepat/lambat saje. Usually lambatlah, BUT STILL! Dia dapatkan juga apa yang demanding daughter dia nak :'(

Family I tak kaya tapi dia boleh shower all the kesenangan kalau dia nak, anak seorang je pun (bukan anak jepun lah!). But he didn't.

I tak pakai telefon bimbit canggih but at least I never earn it, he did.

I tak pakai Guess heels but at least he doesn't make me wear pasar pagi's sandals.

I tak pakai netbook MacBook or Viao, but I don't have to buy my never-cause-me-problemo Prestigio using my scholarship, he got it for me.

I don't drive Suzuki Swift but after 2 years of whining and grining, he got me AFP8806 for nothing. Just because I ask for it.


My kuda baru. Walaupun tangan kedua sahaja, tetap hargainya, TERBAIK! Frogie jangan jealous, I'll still hug you at night, sayang.

I benci letih, letih buat I jadi grumpy lalu menangis. Sorry Mama, Pidpid, dan Jai sebab selalu buat kamu semua runsing dengan tetesan ayer mataku bahahaha. Jadi sekarang dah kurang letih sebab boleh simpan tenaga yang guna untuk rebut naik bas. Terima kacih ayah, ayah tahu anak ayah yang degil ini kalau boleh nak balik Ipoh every week kan, so now I can go home anytime I feel like going home.

Kaki Ayam: Thankyou se-thankyou-thankyou-nya Razak Xiansheng. I know I will susahkan you forever, so beware hehehe. Tapi gaji polis pun dah naik kan hmmmmmm =)

23 February 2010

Akan Kembali Pulang

Setelah sempurna mid semester exam jumaat ini.

08 February 2010

Tak pernah sunyi dari masalah?

Aku tak pernah sunyi. Okay, bunyi macam mustahil, tapi aku anggap sunyi itu meditasi jiwa aku.

Aku tak pernah tak ada masalah. Sebabnya aku pernah dengar dialog dalam satu drama Melayu kata, "Tak ada masalah itu pun satu masalah, awak". Is it so?

Bila tak ada masalah kan kita akan tenang, maka apa pula masalahnya. Masalahnya akan timbul pada orang yang melihat engkau senang, terutama kalau yang tengok kau itu adalah orang Melayu. Jangan panggil aku racist sebab aku pun orang Melayu, biar Melayu kutuk Melayu, dari kaum lain kutuk Melayu.

Cerita pasal masalah tadi, dia boleh jadi sahabat, boleh jadi seteru. Maka, embrace-lah masalah itu, bila kau dekat dengan dia, kau akan kenal dia luar dalam. Bila sudah kenal rapat, maka kau tahu kelemahan dia, overcome the weaknesses and insyaAllah selesai. Its just the matter of TIME.

Trouble is a friend but trouble is a foe, oh oh
And no matter what I feed him he always seems to grow, oh oh
He sees what I see and he knows what I know, oh oh
So don't forget as you ease on down the road


Kaki ayam:
Lagu lama terngiang balik.

07 February 2010

Friendship Contest!


Aku menyertai...


Friendship Contest by Cik Mar

Tengok phrase FRIENDSHIP terus decide nak join dan terus cari gambar. Simply because my close friends are awesome (oh and so does this contest teehee).

Maka, the picture below illustrates the crews of my friendship.


My BFFs and I(L-R): Pid, Chap (at the back) Anin, yours truly, and Mimin

Kaki ayam: Sorry gambar raw (-_-")

06 February 2010

Semoga Kau Tenang Di Sana

Dalam lingkungan 20 hari kebelakangan ini, banyak roda hidup orang di sekeliling aku berada di bawah. Bila mereka di bawah, aku turut terpalit jugak rasa down. Nasib baik cuti CNY dong-dong-chia sudah dekat, sebab aku rasa tak betah nak duduk dekat kolej. Panas bontot! Tegak bulu roma, sejuk-sejuk panas badan, nak tidur sorang takut, duduk bilik sorang even siang pun goyang doh. Senang cerita aku dan komuniti kolej residensial tempat aku duduk ini rasa totally insecure lah. Why?

Okay, let me go staight to the point ya. Bila orang tanya "You/kau/kamu/awak/adik/anak ni mengaji kat mana?" then I answered Universiti Selatan Thailand, muka blur terpancar. Okay, I mean Universiti Utara Malaysia. Response pertama would be, "Jauhnya...........". Yeah. Aku angguk. First runner-up response pulak ialah, "Tempat jin bertendang tu weh!". Yang ini aku senyum saja, dalam hati ngomel-ngomel, letih-letih uni buat positioning "Best Management University". Tapi perception orang tetap itu-itu juga. TAPI sekarang, aku dah susah nak stay positif. I have to agree that ini tempat memang tempat untuk benda itu bertendang.

3 days ago, satu budak first year meninggal dunia. Arwah demam, kena rasuk at 5:00 pm, brought to hospital not long after and pronounced dead at 9:00 pm. Everything seems so fast, and the gloom and anxious spreads even faster.

And then the night after, satu girl pula kena possesed. She was instantly drove far far away from our college. Now it seems like most of Kachi-ians are having sleepless nights since the fatal incident. Mungkin sampai cuti, balik rumah baru boleh tidur malam semula. Bukan nak percaya dan takut dengan benda-benda halus, tapi bila dah nampak sendiri depan mata, sumpah scary. Harap bumi Kachi cepat tenang.

Satu lagi cerita sedih, kawan aku yang sama-sama balik Ipoh (setiap kali cuti umum, cuti khas, cuti ikut-suka) sedang diuji Tuhan. Ibu A sakit. Having been through a quit similar sitution myself, I was empathic to her situation. Harap dia tabah dan harap ibu A cepat sembuh.

Kami semua rindu kamu, A. Aku dah tak ada kawan nak buli bila kau tak ada :'( Kau stay strong okay.

Kaki ayam: Harap roda hidup aku tidak berputar laju.

02 February 2010

My Childhood Liquid Dreams

AMARAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT: Entri ini memualkan!


Hari ini aku membuak-buak nak buat entri yang super-lame bahahaha. My childhood memories strucked me last night. As I was browsing YouTube I found these vids of Aaron Carter's Dancing With The Stars (US's version of Sehati Berdansa gitew). Tengok Aaron, dia dah sebiji macam Nick Carter weh! Which then leads me to cari vids by Backstreet Boys teehee.


House Of Carters

Aku tengok terus macam ada rama-rama dalam perut, lutut pun macam ada rama-rama jugak. Terus rasa macam remaja balik bahahaha. Okay memang malu nak admit tapi serius rasa macam itu (-_-")


Rambut Nick masa ni kira the in-thing lah


Aku jumpa Backstreet Boys - Unbreakable Tour London dekat YouTube (Kevin is no longer with the band in this concert). Okay memang ni kira dah basi lah tapi aku baru tengok T_T. Siapa antara korang yang kanak-kanak going to remaja in the late 90's its a MUST to check this out, it really brings back those memories when we were quarelling on who gets Nick Carter and who came last will get Howie D., who has the most posters, who buys the cassettes and memorizes all the lyrics first, and who can dance their cheesy routines and perform it during Teacher's Day hahahaha. Sweet and sewel. I was one of the cute (sila muntah!) girls whom have huge crush on Nick Carter. And after last night, I think i fall in love with him all over again bahahaha.



Abang jambu pakai tshirt pink use to take my breath away teehee


They all still look pretty much the same, and their voices too. And Nick, ohh Nick, he still has that cute voice yang macam merengek itu. OMG, Zakiah please stop drooling like a never-been-kissed teenage girl. Ingat lagi dulu aku dengan H (sekarang dia dah dekat New Zealand kot) tiap-tiap petang pasang tape play-rewind-play-rewind sebab nak hafal tarian (sengal) Everybody, All I Have To Give, and As Long As You Love Me (susah doh kena pakai kerusi lipat tu, masa tu baru standard 4 kaki pendek kot nak kangkang)



Rambut Nik Kater sekarang sangat lazat, tak main rambut-rambut M dah, okay sila perasan yang aku komen Nick je dari tadi =)


Backstreet Boys were my English teachers, I started to enjoy English when I started to hafal Quit Playin' Games =) My all time fave BSB's song would be Spanish Eyes. Awwwww...


Kaki ayam: Keliru antara Nick Carter ke Justin Timberlake? Ke Leonardo DiCaprio? I've promised him I'll jump if he jumps.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...