29 September 2010

Dunia Baru Reunion??


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Wah dalam sakit-sakit ni mampu aku marathon hahaha. Nak rehat pun dah tak tau nak rehat cara apa lagi, kudrat berfikir dan menggedik memang kurang. So since mata tak boleh lelap, aku pun ajak tonton.com.my teman aku.


Aku marathon 20 episod cerita Dunia Baru Reunion dekat tonton malam tadi :') Satu episod 5 minit je pun. Pftt.. Tapi bukan senang nak tunggu loading okeh. Dah lah flash video, so tak boleh nak rewind-forward. Tak macam TV3 online dulu.

Akhirnya... Ha, sampai ke subuh kau! Nak menunggu loading bagai.. Tapi okay lah dari aku menangisi nasib diri kan hehe. Might as well aku dapat some fun watching cerita sengal tu. Gelak jugak aku sorang-sorang. Tapi kan if korang ada negative stigma towards local produced, janganlah tengok. Sebab in the end cerita ni boleh jadi agak hampas tahap daki pelipat lengan jugak lah -_-"

But I enjoyed it, sebab what to do kan, I memang typical Malay. ;)

28 September 2010

Kalau Ini Kismet-ku

Assalamualaikum ahlul sunnah...

Tajuk tak boleh handle kan bahaha. Actually, aku rasa bersalah (pada diri sendiri je, jangan la kata ai perasan banyak follower tau T_T) lately ni sebab update belog bukan lagi dalam list 'to do' aku. Semua alasan untuk aku tak update sangat ketara okeh. Malas, takde mood, takde semangat, story ada tapi takde perkataan yang terlintas, dan paling crucial sekali, past few weeks ni aku asyik asyik asyik sakit je. Lepas satu-satu sakit datang. Lemau habis badan and mood aku. Ikut hati nak je start kereta balik Ipoh. Tapi hidup tak boleh ikut kata hati. Ikut hati, mati. Kononnya lah. Lagipun tak kan nak skip kelas. Kuota ponteng banyak dah habis terlajak tidur -_-“

Aku punya mati akal sampai rasa macam kena buatan orang pun ada sebab tak sudah-sudah sakit. Okay, khurafat, tahu, saje je :') Dari tonsil sampai bengkak tengkuk, tak cukup double chin, triple chin aku dapat. Nak menelan mak aihh, even sekadar nak telan air liur pun rasa nak menitik air mata :'( Demam tak payah cerita lah, hari-hari on and off. Pastu ada bleeding lah, flu sampai lencun handkerchief. Lemah lutut, seram sejuk macam duduk dalam igloo ERGH.

Aku bukan nak merengek lebih tapi benda ni memang ganggu sangat-sangat okeh. Dahlah masuk second half of the semester ni busy gaban dengan assignments, mid sem exams, etc. Focus memang ke laut. Haihh.

Setelah Kau cuci dosa-dosa kecilku, Kau sembuhkanlah aku, Ya Allah. Amin.

21 September 2010

Sorry Seems To Be The Hardest Word

It has been a while.. Wanted to act cute fuh sana fuh sini cleaning so-called spiderwebs and all but I'm not in the mood. But y'all can still messing around with me, no worries :')

We were born by just knowing the world as black and white. It's up to us to paint our lives with colours. I thought my life has all the colours but here and there, those colours are missing. I fill it in with love instead. So why is there still drama? Is there no space for forgiveness in your heart? Showing love and care is not my forte, its not how I was raised. Am not saying that I was raised in hatred, no no.

It's a blessed month, time to forgive dear all. Maaf zahir batin to all Muslim sisters and brothers. Much love.

27 August 2010

Terang Bulan Malam Ini, Bagaikan Bunga Berkembang ;)


Salam 17 ramadhan semua :)

Malam tadi balik dari kelas Mandarin dan settlekan satu, dua urusan dengan dear friends, pergi minum air ais sekejap; aku dapat satu rumour tapi bukan pasal skandal Raja Azmi dengan Roslin, tapi pasal bulan.

Balik kelas geng-geng fisabilillah aku bisik dekat telinga pasal fenomena dua bulan di langit yang akan dilihat pada malam ini pada jam 12.30 AM, 27 Ogos 2010, malam Nuzul Quran. Kisahnya, fenomena dR. Rozmey ni hanya jadi once in 260 years. Aku pun ter-recall satu email yang aku received last week or so yang cakap pasal benda ni.


Adakah dot dekat bawah tu marikh? Yang pasti bukan bintang sebab dia tak blinking.

After two hours of sky-staring.....


One moon, still. But one hell of a moon! Subhanallah, facinating!


Tak ada apa yang historical pun, tapi memang cantik. Lebih cantik dari Lisa Surihani, serius. Cahaya dia kalah spotlight silau nak mam Unit Keselamatan UUM dekat entrance campus tu.

Segala yang orang putih gembar-gemburkan tu tak sahih ah. After some googling and reading were done, sebenarnya kedudukan bulan dan marikh semalam adalah totally opposite and dipisahkan oleh matahari. Okay done with the fact :') Selamat malam...

Pada pungguk-pungguk yang rindukan sang bulan, malam ni dia bersinar-sinar lagi walaupun tak seterang semalam...Selamat mendongak!

Kaki ayam: Ke bulan terang ni tanda lailatul qadar tiba and pintu keampunan terbuka awal tahun ni? Hmm hehe.

25 August 2010

Orang Melayu Kan Suka Berkias

PERBUALAN TERSURAT

Saya: Awak, saya baru beli pants!

Awak: Seluar apa? (bahasa inggeris adalah pantang disebut, takut keluar bunyi Jerman)

Saya: Seluar pendek! Saya nak pakai seluar pendek macam awak boleh tak?

Awak: Boleh...

Saya: Betul?! Pakai shorts yang macam AWAK pakai bila keluar boleh eh??

Awak: Ha, boleh... Ikut awak lah... (long pause) Saya pulak keluar nanti nak pakai seluar ketat macam awak okay tak?

Saya: Okay faham T_T

* Seluar ketat tu maksud dia 'legging'


MAKSUD TERSIRAT: Cakap je lah tak boleh pakai, nak saiko-saiko orang puleks :'(


Kaki ayam: Saya tak boleh macam awak, awak pulak tak boleh macam saya :')

24 August 2010

Puasa Cara Saya


Salam 13 Ramadhonn (sebut biar dalam gitew, baru beriman) semua...

Seronoknya lah puasa sampai tak hingin nak update belog. Ate mana masanya, siang konon letih, malam pulak konon beribadah -_-" Tengah malam pulak konon banyak assignment, eh tapi memang banyak kot....

Tapi kini aku kembali bersemangat sebab in exactly one week aku akan pulang ke kampung untuk berhari raya! Minggu ni ada dua, tiga kuiz ringan yang kena buat. Okay okay lah, tak ada tahap sebak keluar dewan. Sebak tengok result mintak jauhkan, cukup-cukuplah tu -_-''

Dah dekat dua minggu puasa kan, rasanya belum sehari pun aku bersederhana. Hari-hari mesti tahap ular sawa melingkor! MAKA, untuk dua minggu terakhir puasa ni aku akan set a line untuk berbelanja.

Tak nak lagi habis RM 7 hingga RM 11 untuk berbuka, miskin aku, miskinnnnn. Mula esok kena spend equal or less then RM5 sahaja! Kalau tak, nanti balik raya minyak tak cukup sampai Ipoh, boleh sampai Bukit Merah je huhu. Sedih kot T_T 


Tengah lapar, apa pun sedap dekat mata myopia aku ni, haihh tabiat syaiton!

Tengah malam memang indah bila bertemankan sate :')

Ini adalah menu berbuka yang aku paling tak boleh blah huhu, tapi kalau awak dah insist, saya ikut jak.

Nanti balik Ipoh sungguh excited nak terap biskut raya! Aku suka sarang semut dengan coklet chip. Mama suka makmur dengan semperit acheh. Ayah pulak suka marah-marah bila orang mintak duit (eh?).

Kome suka kuih apa?

Kaki ayam: Anyah, nak resepi blueberry cheese tart! Ergh lazat!

23 August 2010

Tak Ada Apa

Tuan dia puasa, belog pun puasa... Sungguh alasan sangat.

Ceritanya begini, dah 12 hari cuba redakan sengkak perut ni tak hilang-hilang! bila aku makan dengan kawan-kawan, masing-masing claim ada hantu raya tumpang. Mentekedarah tak hengat!

Arghh kenyang. Walaupun jarang jumpa makanan yang sedap. Mama cakap tak baik memilih sangat....

Bye, nak pergi main badminton!

Doa pilihan bulan ini :')
allahumma laka sumtu wa bika amantu wa 'alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...