21 February 2013

Gr Grr Grumble...

 
Kenapakah hati tak berapa nak happy, susah hatiiiii! Rasa macam kualiti hidup makinlah menurun.
 
Aku nak satu je good news. As a start... Tak kisah dari bahagian hidup yang mana, janji khabar gembira -- untuk boost up semangat, kasi suntik elemen positif dalam diri. Huhu.
 
Give me one good reason to smile, Most Gracious.
 
Kaki ayam: Merungut dalam belog je takpe kot, depan orang tak macam ni pun, depan orang aku kuat (minus husband la yeh) haihh seeeee sebenarnya rasa bersalah merungut ni, tuhan no like! Tapi aku jua manusia lemah iman, ada rasa frust (frust coverline).

16 February 2013

Belog Sendu

 
6 bulan kemudian -- sejak kali terakhir update belog.
 
Wow. Banyak dah berubah! Rasa nak cerita, nak simpan dekat sini. Rasa macam nak menulis balik sebab dah ada masa lapang sikit sekarang.
 
Esok aku mula. Esok ye.
 
 
Dua

06 August 2012

Allah Almighty.

Assalamualaikum...

Aku tengah mood positif ni, syukur tahap maksimum. Tuhan test tang tu, tapi Dia kasi happy ending tang sini. Uji tang sana, tapi bagi rezeki tang sini :-) WOW! Nanti aku nak cerita lebih-lebih kat sini tapi bukan hari ni. Hari ni aku nak pack baju nak pergi duduk Putrajaya lagi dan lagi dan lagiiiiiiiiiiiiii... Woohoo! Chap, Pid! Tumpang yea! Hehehehe.

01 August 2012

August 1st, 4 Years Ago...

Assalamualaikum...

Dah 4 tahun kita together kan. Apesal rasa macam dah 20 tahun eh?? Macam lama gila dah sama-sama tapi tak kawen-kawen kehhehhehheh -__-" Tapi dah konon-konon lama pun kamu masih buat kita debar-debar despite of our (quite) many years together. Selesa tapi ada sparks awwwwww.

4 years ago, zaman tak loghehh puiii

Being us, anniversary birthday apa semua takde nak celebrate-celebrate. Segan arrr nak romantik-romantik, tak sesuai dengan jiwa ribena kita ni kan kikikiki. Kita wish-wish and makan-makan besar je cukup. Tak celebrate apa pun kita makan-makan besar jugak, maknanya hari-hari pun special. T____________T (Kamu la ni kuat makan muehuhaaa)

Okay lah, before I became helplessly romatic and too transparent, THE END.

Kaki ayam: Anniversary as an 'item' yang terakhir kan? Tahun depan anniversary yang lain kan? Anniversary yang tu kena celebrate okay! Nak jongkong emas 999. You're the sweetest! Thanks!

26 July 2012

Virus Gedik Nak Kawen


Assalamualaikum...

Aku kan sebenarnya kan dari dulu malas nak expose sangat kisah bercinta sakan kat mana-mana, macam kat social networks hatta real life sekali pun. Aku segan nanti orang cakap aku gedik, gedikkkk lebihhhh macam ko sorang bercinta puiiiii! Tapi kan kadang-kadang terlepas jugak, lepas tu aku cuba bawak bertenang dan menginsafi diri.

Aku tau orang confirm menyampahz okay nak baca pasal kisah bajet romantik ko. Berulat mataaaaa! Sebab aku pun rasa sama bila baca. Macam-macam gedik ada. Kalau budak sekolah nak gedik aku faham lagi, budak sekolah kan jakun, semua nak tunjuk konon kasi orang jelly (refleksi diri ni). Ala, tapi budak-budak kan, tak kenal dunia. Boleh accept lagi. Tapi kalau dah jadi abang-abang kakak-kakak masih gedik, OH NOOOO!

Contoh gedik (atau geng aku panggil garikkk!)

- Couple je tapi buat akaun facebook bersama (bajet sweet bertemakan 1Facebook?)
- Status berbunyi "I love you pakcik senget! - with (tag nama boyfriend)"
- Kalau yang blogging pulak, selagi ada entry selagi tu ada selit nama boyfriend. Adoiiii.
- "Ya Allah, dia terlalu sayang aku, temukan jodoh kami. Aminnnn..." (ni elok baca lepas solat, not elsewhere. Tak rasa macam gunakan atas nama religion ke untuk express kan gedik awak? Huhu)

Pastu kan yang aku tengok orang yang biasanya relax ke, gila-gila ke, nampak diam ke pun automatik akan gedik bila dia nak kawen. Contoh kan, "Encik Tunang cakap lepas kawen nak anak ramai-ramai. Pastu nak muka macam kite sebab Encik Tunang kite cakap kite comel. Eeee ngade taw!" PERGHHH termasuk lah yang sedang bercakap ni sama dengan je!!!!!! (tonyoh dahi sendiri T________T)

Maka tujuan aku cerita ni adalah untuk muhasabah diri semata-mata. Bila aku dah tulis ni aku akan malu sendiri bila aku menggedik.

Yang dah kawen tu takpe lah nak gedik ikut mana pun, dah halal. Macam Filla, Elly, and the geng semua tu aku memang suka ah baca! Nak loving-loving pun cool je, tak loya tekak baca, gangsta je cara diorang :-) Kita-kita ni apa pun tidak lagi dah gelabah semacam. Sedarlah, Zakiah...

Kaki ayam: Sorry taw, ni untuk diri sendiri. A self-reminder. Peace taw....

21 July 2012

Sesi Hati Taufu Fa

Assalamualaikum kepada kesepian (ececehh...)

21 Julai 2012, first day puasa untuk tahun ni. Kebetulan jatuh hari Sabtu maka ramai kawan-kawan balik kampung, nak bersahur and later berbuka dengan family tersayang. How excited, how nice! Cemburu arrrrr...........

While me, aku memang di rumah. Rumah yang kosong without yang tersayang...... Ala bulan puasa je kot tapi aku tak tau apa motif aku nak emosional sangat. DASAR PENYEDIH! Perghhh letih, fed up dengan diri sendiri!!!!! Jangan nak drama-drama sangat boleh tak, wahai diri sendiri...

Miss your telur masak kicap for sahur, ma.... Miss you. Sangat. Sangat. Sangat. Tengok your almari kesayangan pun boleh nangis, apa cerita tuuuu ARGHHH!

I can barely live without you. Dah cuba tapi.... You were my life. No, you're still my life.

Kaki ayam: Kena sediakan super-extra-absorption mop untuk raya, tears will get crazier hahahahahahahahahahahahahahaha... :-)

20 July 2012

Zakiah, The Penganggur...

Assalamualaikum, salam 1Penganggur...

Warghh aku stress! Stress dah sebulan lebih cari kerja, masihhhhh tak dapat-dapat lagi. Eh tapi ada lah dapat satu kerja hari tu, jadi salesperson. (Tumpang lalu nak emo jap) Interview cakap buat advertising,sekali kerja jadi door-to-door salesperson, bolehhhh? Start-start dah membohong, belum part bersosial antara staff-staff pulak. Corporate culture dia, ko kena main sep-sep tangan (high five tuuu) laki pompuan setiap kali jumpa. Apakah?? Ehh macam kgdotcom kan aiiii tak sporting, tapi ah lantak ah. Walaupun atas nama kerja, aku tak sukaaaa sooooo bye bye okay. (Emosi tamat di sini)

Okay, back to topic :) Lately ni kan aku macam sentap-sentap sikit kalau orang tanya, "Dah keje ke?". "Blommm...". "LA, TAK KEJE LAGI??" Buat muka. Puaghhhhhkaaaa betulllll. Korang ingat aku saja malas taknak keje ke, nak wey....... Tapi rezeki takde. Yang ada pun yang pelik-pelik grrrrrr.

Interview dah berapa kali pergi, dalam sebulan ni dekat sepuluh kali dah. Sampai tak nervous gi interview. Macam,"Interview? Oh petang ni? Okay :-)".

 See buku jadual interview 1Penganggur T______________T Nangis berpanjangan.

Aku kalau tak fikir kena kumpul duit, memang aku tak pulun. Tapi sebab kehendak macam-macam haaaaa silalah cari duit sendiri, ayah support yang wajib je ye....

Muka positive baru balik dari interview :-)

Takpe, takpe, Zakiah sabar taw, MFO pun sabar taw. Ayah gak terbaik, tak pernah desak aiii, thank you ayah. Kurang sikit pressure di situ....

Kaki ayam: Longing for a position in RHB, the pay sounds delishhhh.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...